Thursday, April 1, 2010

Pelancaran Majlis Profesor Negara....

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia...




Hari ini iaitu tanggal 1 April 2010, saya telah menyertai satu undangan program yang dianggap sebagai satu pembaharuan dari pihak Kementerian Pengajian Tinggi iaitu "Pelancaran Majlis Profesor Negara dan Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICoE)" yang bertempat di PICC Putrajaya dan telah dirasmikan oleh YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.

Saya serta sekumpulan mahasiswa dari UTMIC tiba di situ tepat pukul 1.30pm dan terus menunaikan solat zohor. Selepas selesai, kami berlegar di kawasan tersebut dan dapat juga la bertemu dengan beberapa kenalan MPP dari universiti lain. Kami juga berkongsi la sedikit maklumat dan aktiviti yang dilakukan.

Di sini, saya juga ingin berkongsi maklumat mengenai fungsi penubuhan Majlis Profesor Negara tersebut, iaitu :
  • Membantu kegiatan pembangunan ilmiah.
  • Menggalak & merancang pembangunan kesarjanaan & keintelektualan negara.
  • Mengadakan wacana dan juga seminar bagi bertukar pandangan dan pendapat masing-masing berdasarkan kepada bidang kepakaran di kalangan profesor di peringkat tempatan dan antarabangsa.
  • Memupuk budaya kesarjanaan & keintelektualan dalam negara untuuk meningkatkan kemajuan minda rakyat.
  • Menggalakkan aktiviti penyelidikan & pembangunan kesarjanaan dalam dunia akademik.
  • Membina jaringan akademik dengan badan-badan luar negara yang mempunyai objektif yang sama.

Kumpulan profesor yang terdapat di dalam negara merupakan aset terpenting keilmuan negara. Usaha untuk mengumpulkan mereka secara lebih terancang mengikut bidang kepakaran melalui penubuhan Majlis Profesor Negara akan memberi peluang untuk negara mendapatkan khidmat mereka secara berterusan.

Oleh itu, kepada sahabat-sahabt, pembaca blog dan sebagainya yang mempunyai cita-cita untuk menjadi salah seorang dalam Majlis Profesor Negara ini, mulai detik ini marilah bersama mengutamakan pembelajaran dan ilmu bermanfaat untuk dipenuhkan di dada kita. Ilmu itu boleh dikutip di mana-mana sahaja. Bak kata pepatah, "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan".


INSYAALLAH....


Sampai Jumpa,


"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM"

0 comments: