Friday, May 14, 2010

Muhammad Iqbal...Penyair Agung...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Hampir seminggu saya menghabiskan masa saya dengan membaca sebuah buku yang sememangnya perlu dibaca oleh semua rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam iaitu mengenai "50 TOKOH ISLAM YANG MENGUBAH DUNIA". Antaranya adalah Muhammad Iqbal. Kepada yang belum mengenali beliau, mesti tertanya-tanya Kenapa saya cuba menceritakan mengenai Muhammad Iqbal? Jawapannya...anda semua perlulah membacanya sehingga habis. He3...



Muhammad Iqbal...Penyair Agung dan Terulung.... Kita lihat sejenak mengenai latar belakang beliau, Nama penuh beliau adalah Muhammad Iqbal bin Nur Muhammad bin Rafi. Beliau dilahirkan pada 9 November 1877. Keluarga beliau berasal daripada golongan menengah Punjab di Sialkot yang kini dikenali dengan nama Pakistan. Keluarga beliau juga berasal daripada keturunan Kashmir. Muhammad Iqbal mendapat pendidikan awal daripada kedua ibu bapanya. Setiap hari selepas solat Subuh diajar membaca Quran.

Penglibatan Muhammad Iqbal dalam kesusasteraan mengangkat namanya sebagai penyair agung. Kebanyakan puisi beliau menggunakan bahasa Urdu, Parsi, dab Bahasa Inggeris. Beliau terkenal kerana puisinya yang masyhur dan mempunyai bait-bait kata yang indah. Ramai di kalangan penutur bahasa Urdu di Pakistan dan India mengiktiraf beliau sebagai penyair Agung.

Antara puisinya yang terkenal adalah The Secret of The Self dan The Mysteries of Selflessness. Koleksi puisi The Secret of The Self menceritakan konsep diri, kehidupan alam semesta dan kehidupan manusia. Manakala koleksi puisi The Mysteries of Selflessness lebih menumpukan kisah persaudaraan dan ibadah dalam agama Islam.

Muhammad Iqbal dianggap sebagai bapa pembentukan negara Islam Pakistan. Beliau berjuang menyampaikan dakwahnya melalui tulisan penanya sendiri. Beliau berjasa membangkitkan kesedaran umat Islam yang dijajah dengan pemikiran Barat pada ketika itu.

Muhammad Iqbal juga adalah tokoh Islam yang berperanan mengubah pemikiran masyarakatnya pada masa itu. Melalui mata penanya, beliau berusaha membangunkan pemikiran masyarakat demi mencapai ketinggian ketamadunan Islam. Kebanyakan puisinya datang dari dalam dirinya sendiri. Keikhlasan yang terbuku dalam sudut hatinya diluahkan melalui puisinya itu.

Tidak hairanlah masyarakat pada zamannya mengiktiraf kebolehan dan keistimewaan yang ada pada Muhammad Iqbal. Keinginannya yang tinggi dalam mengubah masyarakat Islam menjadi maju pada zamannya terbukti apabila beliau sendiri mengarang sebuah sajak yang berbunyi, "Umat Islam, apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat Islam berhenti, bererti dia membiarkan dirinya tergilis dek sang waktu."

Muhammad Iqbal terus berpuisi dan bermadah bagi mengubah fikiran umat Islam pada zamannya. Mengubah umat Islam menjadi satu tamadun yang disegani dan dihormati. Beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21 April 1938.


Alhamdulillah, diharapkan anda semua dapat mengambil yang baik dan pupukkan dalam diri masing-masing. INSYAALLAH...

Sampai Jumpa,
"Bersama Bernafas Di Era 1 UTM..."

0 comments: