Monday, August 9, 2010

Ekonomi Dan Siswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Ekonomi merupakan aspek terpenting dalam membangunkan sesebuah organisasi, syarikat, negeri mahupun negara. Maka tidak hairanlah pelbagai masalah berbangkit satu persatu dari tingginya nilai sesuatu mata wang sehingga jatuh merundum dan merugikan sesebuah negara.

Dari lahirnya Dasar Ekonomi Baru sehingga tercetusnya pula Model Ekonomi Baru, satu persatu terungkainya penyebab antara berlakunya kemelut ekonomi negara. TETAPI yang menjadi kehairanan adalah kenapa masih berlaku persoalan berkaitan dengan “Yang Kaya terus Kaya, Yang Miskin Terus Miskin”? Adakah ianya sekadar polemik semata-mata? Atau sekadar pembaharuan yang diketengahkan oleh sesebuah organisasi kepimpinan negara?

Berbalik kepada permasalahan ini, saya berpendapat Dasar Ekonomi Baru mahupun Model Ekonomi Baru ini perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat terutamanya golongan pelajar sekolah dan mahasiswa khususnya, yang akan mewarisi kepimpinan negara yang akan datang.

Jika dilihat pelaksanaan yang dilakukan oleh kerajaan berkaitan dengan permasalahan ini, ianya sangat sistematik dan tiada inisiatif yang diambil dalam memastikan semua golongan sasaran mencapai apa yang telah digariskan dalam pelaksanaan Model Ekonomi Baru ini.

Dilihat dari sudut mahasiswa yang berlatar belakangkan sebuah universiti iaitu sesuatu tempat ilmu yang akan melahirkan pelbagai siswazah dan graduan mengikut bidang masing-masing, apa sebenarnya yang dilakukan oleh pihak universiti dalam memastikan sokongan untuk Model Ekonomi Baru ini untuk diterapkan kepada mahasiswa-mahasiswi.

Hujung minggu ini saja, saya terlibat dalam dua program yang melibatkan ekonomi sebagai subjeknya iaitu Rakaman Meja Bulat di Astro Awani dan Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar IPTA 2010 di Institut Latihan & Keselamatan KWSP(ESSET), Bangi, Selangor.Tapi sehingga sekarang masih belum terjawab persoalan yang cuba saya bangkitkan ini. Adakah mahasiswa di UTM IC ada jawapannya..???

Akhir kata, semoga kita terus mengkaji sesuatu perubahan baru yang dilakukan sama ada ianya berguna untuk kita yang akan mewarisi tampuk kepimpinan negara akan datang. TEPUK DADA, TANYALAH SELERA.

Wallahua’lam…

“Mahasiswa Berminda Kreatif dan Inovatif…”


Ikhlas Dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam
Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: