Thursday, August 26, 2010

Kutukan Terhadap Tindakan Yang Kurang Cerdik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sanggupkah anda melihat “JALUR GEMILANG” yang gah berkibaran di Malaysia tetapi dipijak dan dihina oleh sekumpulan mahasiswa Indonesia yang berdomentrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia. Lebih menyedihkan lagi, najis kotor turut dilontarkan di Kedutaan Malaysia dalam bulan Ramadhan yang penuh barakah dan bulan Kemerdekaan yang ke-53.

Itulah realiti yang berlaku di Negara jiran kita iaitu Indonesia. Saya bukannya bertindak untuk menghasut atau mengapi-apikan mana-mana pihak tetapi itulah hakikat yang berlaku di Negara jiran baru-baru ini. Ianya umpama Kedaulatan Negara kita tercalar disebabkan tindakan kurang cerdik oleh mahasiswa Indonesia di sana.

Saya mewakili Barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dan Barisan Presiden Persatuan Mahasiswa UTM IC, mengutuk tindakan tersebut yang dianggap sedikit sebanyak mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah Negara yang berdaulat.

Apabila difikirkan semula, layanan yang diberikan oleh Kerajaan Malaysia terhadap rakyat Indonesia yang berada di Malaysia untuk mencari sumber rezeki di sini begitu baik sekali. Dengan jumlahnya yang semakin hari semakin meningkat terutamanya di Bandaraya Metropolitan, Kuala Lumpur, tetapi di Negara mereka, Kedaulatan Negara kita dipijak. Apakah semua ini? Apa tindakan yang diambil oleh pihak Kerajaan Malaysia?

Saya ingin membawa sebentar perhatian pembaca dengan apa yang berlaku di Malaysia apabila tindakan segelintir rakyat Malaysia yang bertindak sedemikian rupa digempar-gempurkan di dada-dada akhbar disebabkan tindakan oleh segelintir penyokong Pihak Pembangkang.

Saya di sini bukannya ingin mencetuskan kontroversi dengan menyokong mana-mana pihak, tetapi supaya kita berfikir sejenak dan menghayati erti kemerdekaan sebenar yang ke-53 di Malaysia sebuah Negara yang berdaulat. Saya di sini sekali lagi menegaskan bahawa saya mengutuk tindakan tersebut.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: