Wednesday, August 25, 2010

Sejarah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Sempena Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-53 ini, saya akan cuba semarakkan Semangat Patriotik dan Perwira dengan perkongsian secara ringkas mengenai beberapa tokoh Negara dan Pahlawan Negara, Insyaallah…bersama para pembaca blog saya ini. Kita jadikan ia sebagai sejarah dan ilmu pengetahuan mengenai beberapa latar belakang tokoh yang terlibat. SELAMAT MEMBACA…

PERDANA MENTERI PERTAMA

NAMA: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
TARIKH LAHIR: 8 Februari 1903
GELARAN: Bapa Kemerdekaan
TEMPOH BERKHIDMAT:
31 Ogos 1957 hingga 21 September 1970

Jasa Tunku Abdul Rahman yang tidak boleh dilupakan apabila beliau berjaya membawa kemerdekaan kepada negara tanpa sebarang pertumpahan darah. Beliau menjadi pemimpin Umno Malaya Pertama.

Tunku menyarankan tilawah al-Quran dijadikan acara utama negara dan Pertandingan Musabaqah al- Quran peringkat antarabangsa pertama berlangsung pada 9 Mac 1961.

Tunku juga membentuk Dasar Pelajaran Kebangsaan (1956), Dasar Kebudayaan dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/67) yang menandakan beliau mementingkan pendidikan anak bangsanya.

Nama Tunku terus dikenang sebagai pemimpin berwibawa apabila berjaya membentuk Malaysia pada 16 September 1963 yang awalnya merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Ada pengkritik sejarah mengatakan tindakan Tunku menyingkir Singapura daripada Malaysia selepas penyertaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) pada pilihan raya umum 1964 sehingga menimbulkan ketegangan kaum Melayu dan Cina, adalah satu kesilapan besar kerana ia menyebabkan Singapura nekad berpisah dari Malaysia pada 1965.

Tunku juga terkenal sebagai pemimpin yang mementingkan perpaduan, malah sanggup berkorban apa saja demi kesejahteraan rakyat. Namun, usahanya tidak berjaya apabila rusuhan kaum tercetus pada 13 Mei 1969.

Tunku meninggal dunia pada 6 Disember 1990 di Hospital Besar Kuala Lumpur dan disemadikan di Makam Di Raja Langgar, Alor Star.

Wallahua’lam… Sekian…

“1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: