Wednesday, September 29, 2010

Isu Berbangkit Di KSJ (3)...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Tindakan susulan telah dilakukan oleh Pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus (MPM UTM IC) berhubung dengan desakan dan aduan yang dilaporkan oleh mahasiswa selaku penghuni Kediaman Siswa Jaya berhubung masalah yang berlaku di Kediaman Siswa Jaya.

Tepat jam 12.45pm tadi (29/09/2010), saya selaku Exco Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam, MPM UTM IC telah menghantar satu surat rasmi iaitu PENGADUAN MENGENAI MASALAH DI KEDIAMAN SISWA JAYA DAN MEMOHON MEMBERIKAN PENJELASAN SECARA BERTULIS BERKENAAN DENGAN MASALAH TERSEBUT yang bernombor rujukan UTM 06.09/24.10/1/6/MPP JLD 1 ( 32 ) kepada Cik Mazlyna Bt Rosly, selaku Penolong Pendaftar (Kebajikan & Biasiswa) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM IC.

Tindakan yang dilakukan ini adalah langkah ketiga yang dilakukan oleh pihak MPM UTM IC setelah membangkitkan perkara yang sama kepada Pengetua Kolej Kediaman Siswa Jaya dan Pengarah Kampus UTM IC awal semester ini. Tindakan ini juga dilakukan sebagai desakan daripada pihak MPM UTM IC ke atas pihak yang terlibat terutamanya pada masalah yang berkaitan.

Antara perkara yang dibangkitkan pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah Kerosakan Lif di Blok A & B, Masalah Wireless di Kediaman Siswa Jaya dan Layanan Yang Kurang Sopan oleh Segelintir Staf Pejabat di Kediaman Siswa Jaya.

Saya menyeru agar seluruh mahasiswa membuka mata dan memandang apa sebenarnya yang berlaku di Kediaman Siswa Jaya. Kerana banyak persoalan yang timbul terutamanya pada sesetengah masalah yang dibangkitkan oleh Majlis Perwakilan Mahasiswa sendiri. Saya juga menyeru kepada seluruh mahasiswa agar membuat tindakan dengan membuat aduan yang sebanyak mungkin sebagai bukti dan sokongan kita dalam memastikan hak kita di Kediaman Siswa Jaya adalah terjaga.

Saya bukannya bertindak untuk mengeruhkan keadaan dengan masalah yang berlaku TETAPI sebagai kesedaran kepada setiap mahasiswa yang menginap di Kediaman Siswa Jaya. Sebabnya, ada sesetengah isu yang telah dibangkitkan sebenarnya telah diusulkan dan dibangkitkan oleh kepimpinan mahasiswa sebelum ini tetapi sehingga sekarang tiada sebarang tindakan yang diambil kecuali berkenaan dengan “WIRELESS” yang menampakkan peningkatannya.

Kita semua harus sedar bahawa setiap infrastruktur yang disediakan oleh pihak Universiti Teknologi Malaysia adalah untuk kegunaan dan kemudahan kepada mahasiswa. Oleh itu, sekiranya berlakunya VANDALISME yang diperkatakan itu adalah salah dari pihak mahasiswa, saya akan katakan “YA” memang perbuatan itu salah. TETAPI yang menjadi masalahnya adalah APA TINDAKAN YANG DIAMBIL OLEH PIHAK YANG TERLIBAT BERKENAAN DENGAN VANDALISME??? Persoalan ini sehingga sekarang belum dijawab oleh pihak yang terlibat walaupun pernah dibangkitkan oleh saya sendiri dalam beberapa pertemuan yang telah dilakukan.

Saya amatlah berharap agar pihak mahasiswa membantu pihak Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC dengan memberikan sebarang maklumat dan aduan yang berkaitan kepada pihak MPM UTM IC sebagai bukti dan simpanan yang diterima dari pihak mahasiswa. Saya juga mewakili pihak MPM UTM IC memohon maaf sekiranya perkara ini membuat sesetengah mahasiswa tidak berpuas hati. Saya percaya, ALLAH bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya dan dizalimi. INSYAALLAH…

Sekian, Wallahua’lam…

“DARI MAHASISWA UNTUK MAHASISWA”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

3 comments:

Unknown said...

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

Assalamualaikum wrbh,salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

Alhamdulillah, saya diberi peluang sekali lagi oleh Allah untuk melawat blog saudara Hazim, dan kali ini saya tertarik sekali lagi untuk membaca post berkaitan dengan isu KSJ yang kita cintai ini.

Terima kasih atas keprihatinan saudara mengenai isu-isu berkaitan KSJ. Peranan saudara sebagai Exco Kabajikan, Kolej & Pengaduan Awam MPP UTMKL kami semua amat memahami itulah tugas hakiki saudara ketika ini, menjaga kebajikan pelajar.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih juga kerana saudara selaku MPP UTM telah menghantar surat rasmi kepada Penolong Pendaftar (Kebajikan & Biasiswa) Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa, UTM IC baru-baru ini untuk mengadu perkara-perkara berbangkit ini bagi memperjuangkan hak-hak mahasiswa di UTM terutama di KSJ.

Secara jujurnya, bagi saya tindakan saudara tiada salahnya. Malah, saya menyokong langkah saudara. Tetapi saya ingin mengajak saudara untuk berfikir sejenak, adakah saudara memikirkan perkara ini dengan mendalam dan dari pelbagai sudut?

Pada pandangan saya, pandangan saudara dalam post ini seolah-olah menyalahkan pihak pentadbiran dan JKM KSJ itu secara total mengenai isu kolej. Seolah-olah semua mahasiswa KSJ ini baik-baik belaka dan semua patuh pada peraturan UTM secara total.

Tujuan saya memberi komen ini bukan atas kapasiti sy selaku JKM mahupun nak jadi hero pihak pentadbiran KSJ tetapi ingin mengajak saudara merenung kembali beberapa perkara yang mungkin saudara terlepas pandang.

Pertama, kita sentuh isu lif di blok A dan B. Tidak dinafikan lif di blok ini seringkali rosak sehingga menimbulkan ketidak selesaan buat kita selaku mahasiswa. Untuk makluman saudara, lif di blok B alat gantinya sukar ditemui dan ini menyebabkan kelewatan untuk membaikinya. Selain itu, kos untuk membaiki lif juga sangat mahal. Maka, agak sukar untuk pihak KSJ untuk membaikinya setiap kali rosak dengan segera.

Mengenai lif lagi, apakah saudara benar-benar yakin bahawa semua 100% mahasiswa di sini gunakan lif dengan cermat. Apakah tekan butang lif dengan kuat, menggunakan kaki dan juga main-main lif butang itu semuanya kerja cleaner, staf KSJ atau pegawai keselamatan??


Bersambung***

Unknown said...

Bukankah kita juga yang menggunakan lif-lif itu dengan kerap? Apakah kita mahu meletakkan kesalahan itu kepada orang lain yang secara totalnya jarang gunakan lif?? Dan kerosakan2 ini biasanya dilakukan pada tengah-tengah malam. Apakah ia kerja pegawai keselamatan yang berjaga malam? Saya rasa tidak sama sekali.
Saya harap agar saudara renung-renungkan.

Bagi saya, seandainya mahasiswa kita ini cukup baik dan berbudi bahasa, sudah semestinya setiap kali lif itu rosak, cepat-cepat orang yang berkenaan buat laporan. Ini tidak, menyorok seolah-olah pihak pentadbiran dan keselamat KSJ ini kejam. Adakah selama ini orang buat repot mengenai kerosakan harta benda atau kemudahan mengalami apa-apa tragedi yang mengerikan selepas membuat laporan?? Rasanya belum lagi... Fikir-fikirkanlah...

Mengenai isu wireless, saya ucapkan tahniah, atas usaha saudara, wireless UTM dan KSJ sendiri dipertingkatkan. Walaupun masih ada batasan, tetapi saya dan rakan-rakan bersyukur kerana masih lagi ada internet. Alhamdulillah... Saya yakin, pihak CICT dan yang berwajib berusaha memberikan yang terbaik untuk kita, tapi kadang kala perkhidmatan itu tidak beberapa baik akibat masalah cuaca atau mungkin alat tidak dapat berfungsi dengan baik ketika itu. Bukankah itu sudah menjadi lumrah?? Tambahan pula, kolej kita menggunakan teknologi wireless, yang bergantung pada gelombang, apakah gelombang ini senang dikawal sepertinya teknologi wayar.
Kadang kala, teknologi tidak semestinya hebat, dan pasti juga ada kelemahannya.

Mengenai layanan kurang sopan oleh segelintir staf Pejabat KSJ, saya tidak pasti di mana kurangnya garam atau gula yang saudara rasakan pada staf ksj ini. Apakah sebab saudara kerap kali membuat laporan dan mendapat feedback yang kurang memuaskan, saudara rasakan layanan staf kurang baik?

Saudara, mereka juga manusia, seandainya mereka melakukan kesalahan, maafkanlah mereka, tegur mereka baik-baik, bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, dulang tidak terbalik, tepung tak tumpah. Saya pasti, jika saudara menegur mereka cara yang baik, pasti mereka akan cuba memperbaiki diri mereka. Tambahan pula, siapa kita untuk memberi komen peribadi orang. Apakah kita rasa kita benar-benar baik untuk mengkritik orang? Apakah kita sudah cukup matang itu.

Mahasiswa tidak semestinya matang, saudara. Jika sudah matang, tidak perlu petunjuk, tidak perlulah kita bertandang ke sini untuk susah-susah mencari ilmu. Bagi saya, mahasiswa sepatutnya menjadi diam-diam ubi berisi, makin berisi makin tunduk, bukan membangga diri. Tambah, sebagai manusia kita harus tahu siapa kita, malah jika diamati motto UTM itu sendiri, kita akan sedar siapa kita sebenarnya... Kita ini milik TUHAN...

Mengenai sikap vandalisme, apakah saudara ada solusi tangani kes ini. Jika ada, bolehlah ajukan pada pihak KSJ mahupun keselamatan. Seperti yang saya kata sebentar tadi, mereka tidak mengetahui. Jika adalah lebih baik kita beri cadangan apa yang perlu mereka lakukan, bukan hanya setakat memberi komen sahaja sebab tindakan ini hanya mendatangkan suasana tidak harmoni kalangan kita dan pihak pentadbiran.

Baiklah, kali ini saya menyuarakan pendapat atas kapasiti seorang JKM. Saudara, ingin saya bertanya kepada saudara, berapa kali saudara selaku exco kolej melaksanakan mesyuarat bersama-sama dengan JKM mengenai isu kolej ini? Pernahkan saudara mengambil inisiatif untuk berbincang bersama-sama JKM mengenai isu-isu kolej??

** Bersambung

Unknown said...

Saudara, mereka juga manusia, seandainya mereka melakukan kesalahan, maafkanlah mereka, tegur mereka baik-baik, bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, dulang tidak terbalik, tepung tak tumpah. Saya pasti, jika saudara menegur mereka cara yang baik, pasti mereka akan cuba memperbaiki diri mereka. Tambahan pula, siapa kita untuk memberi komen peribadi orang. Apakah kita rasa kita benar-benar baik untuk mengkritik orang? Apakah kita sudah cukup matang itu.

Mahasiswa tidak semestinya matang, saudara. Jika sudah matang, tidak perlu petunjuk, tidak perlulah kita bertandang ke sini untuk susah-susah mencari ilmu. Bagi saya, mahasiswa sepatutnya menjadi diam-diam ubi berisi, makin berisi makin tunduk, bukan membangga diri. Tambah, sebagai manusia kita harus tahu siapa kita, malah jika diamati motto UTM itu sendiri, kita akan sedar siapa kita sebenarnya... Kita ini milik TUHAN...

Mengenai sikap vandalisme, apakah saudara ada solusi tangani kes ini. Jika ada, bolehlah ajukan pada pihak KSJ mahupun keselamatan. Seperti yang saya kata sebentar tadi, mereka tidak mengetahui. Jika adalah lebih baik kita beri cadangan apa yang perlu mereka lakukan, bukan hanya setakat memberi komen sahaja sebab tindakan ini hanya mendatangkan suasana tidak harmoni kalangan kita dan pihak pentadbiran.

Baiklah, kali ini saya menyuarakan pendapat atas kapasiti seorang JKM. Saudara, ingin saya bertanya kepada saudara, berapa kali saudara selaku exco kolej melaksanakan mesyuarat bersama-sama dengan JKM mengenai isu kolej ini? Pernahkan saudara mengambil inisiatif untuk berbincang bersama-sama JKM mengenai isu-isu kolej??

Maksud saya, duduk semeja bersama exco dan ketua jabatan dan Blok kolej mengenai masalah kolej? Saya yakin saudara merujuk kepada individu tertentu seperti Pres JKM atau ketua blok, apakah saudara yakin mereka ini tahu segala-galanya mengenai kolej?? Saya rasa tidak semua yang mereka tahu.


Jadi, adalah tidak wajar untuk saudara meletakkan kesalahan itu 100% kepada kami kerana saudara tiada inisiatif untuk bawa berbincang secara rasmi dan formal dalam mesyuarat. Ingin saya berpesan kepada diri saya dan juga saudara, bahawa kepimpinan itu bukanlah bersifat 'one man rules' tetapi bersifat muafakat. Malah, Nabi Muhammad SAW sendiri dalam sirahnya bermesyuarat dalam membincangkan isu-isu semasa dengan para sahabatnya.

Sebagai seorang blogger pula, saya merasakan masalah-masalah dalaman kolej apabila didedahkan di laman maya seperti ini sebenarnya seperti membuka pekung di dada. Pelayar sesawang seluruh dunia boleh megakses maklumat dengan mudah dan tidak terkecuali blog saudara.

Malah, pendedahan saudara ini sebenarnya bukan sahaja menampakkan pentadbiran UTM dianggap tidak bagus dan sistematik, malah memalukan nama universiti. Tambahan, ia mampu menjatuhkan kredibiliti anda selaku MPP di sini kerana tidak mampu menangani isu-isu dalaman seperti ini.

Suka untuk saya beri contoh YAB Perdana Menteri kita, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak juga mempunyai facebook dan blog, tetapi mengapa beliau tidak dedahkan masalah negara dalam blog beliau?? Semuanya ada kaitan dengan maruah negara.


Begitu juga dalam konteks UTM, saudara selaku MPP harus mengambil pendekatan selesaikan secara baik, bukan dengan menghebohkan perkara ini dalam dunia tanpa sempadan. Malu besar kita... Fikirkan sekali lagi..

Akhir sekali, tidak salah untuk saudara perjuangkan hak mahasiswa, tetapi biarlah berpada. Kadang kala mahasiswa tidak semuanya betul. Fikirkanlah secara rasional. Seharusnya, kita patut periksa saf kita dulu sebelum menyalahkan orang lain. Sekiranya saf kita betul, saya pasti tiada orang dapat menafikan perjuangan saudara. Malah, perjuangan saudara dapat diterima dengan sebaiknya. Sekali lagi, saya mengucapkan terima kasih kerana sudi membaca komen saya sehingga tamat.

Berkhidmat untuk negara kerana TUHAN

Siswa Rendah Hati