Friday, October 1, 2010

Konvokesyen Abangku...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setiap orang ingin kejayaan. Setiap manusia yang hidup inginkan sebuah kebahagiaan dan kejayaan dalam mencapai sebuah impian. Mahasiswa pula tidak terlepas dengan perasaan ingin menjadi seorang graduan yang berjaya dan terbaik.

Pada 25/9/2010 (Sabtu) yang lalu, saya telah mengikuti Konvokesyen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) ke-8 yang bertempat di PICC, Putrajaya untuk meraikan abang saya yang tercinta, WAN MUHAMMAD YUSRI HANIS yang telah menjadi graduan bagi Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Apa yang membanggakan saya ialah beliau menamatkan pengajiannya di USIM dengan CGPA sebanyak 3.73. TAHNIAH untuk abangku… Yang lebih membanggakan lagi, beliau turut diiktirafkan sebagai penerima Anugerah Kokurikulum Terbaik USIM dengan pencapaian yang membanggakan antara kokurikulum dan akademik.

Beliau di USIM sangat aktif dengan sukan air terutamanya berkaitan dengan “rowing”… Beliau juga fasih dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab…dan sekarang beliau mencuba untuk mendalami Ilmu Bahasa Mandarin…”Goodluck” untuk abangku… Di bawah nie, ada beberapa keping gambar untuk dikongsikan bersama…


Tahniah..untuk abangku...

Abangku yang sungguh bergaya....hehehe


Bersama dengan keluargaku....



Aku bersama dengan abangku...

Menghayati menjadi seorang yg dh bergelar Graduan...





Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari adikmu,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: