Monday, November 1, 2010

Tautan Hati & Career Talk PEHARTA 2010...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 29 & 30 Oktober 2010 (Jumaat & Sabtu) baru-baru ini, telah diadakan satu Program Tautan Hati dan Career Talk PEHARTA 2010 yang dianjurkan oleh Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) Kolej ShahPutra Kuantan yang bertempat di Kolej ShahPutra Kuantan.

Program yang bertemakan, “Prospect, Challenge and Prosperity In Property Industry” ini, telah berjaya melibatkan Mahasiswa-mahasiswi UTM IC yang mengambil jurusan yang sama iaitu Pengurusan Harta Tanah termasuk saya sendiri. Dengan matlamat, memberi pendedahan tentang persekitaran pekerjaan dalam industri harta tanah iaitu memfokuskan kepada bidang penilaian dan pengurusan harta tanah.

Saya selaku perserta dari UTM IC berasa begitu puas hati dengan program seperti ini dan sepatutnya diteruskan dari semasa ke semasa sebagai pendedahan kepada mereka yang mengambil jurusan ini. Program seperti ini merupakan program kedua yang melibatkan antara dua institut ini selepas kejayaan V-Camp Of 3 Institutes yang diketuai oleh Saudari Azzatie Intan Suraiya, mantan Setiausaha PEHARTA UTM IC.

Ia dimulakan dengan sesi Ice Breaking yang diadakan di sekitar Kolej ShahPutra turut memberi peluang kepada para peserta untuk mempamerkan bakat-bakat terpendam masing-masing. Saya yang diserapkan ke Kumpulan Ungu telah menunjukkan satu persembahan yang begitu menghiburkan dengan Lakonan yang bertemakan “Kawan & Hantu”. He3…walaupun pada mulanya hampir-hampir mempersembahkan Dikir Barat.

Keesokan harinya, diadakan dua ceramah yang begitu segar dan mempunyai input-input yang berguna iaitu Ceramah 1 “Cabaran Profesyen Penilai Harta Pada Masa Hadapan Di Malaysia” yang disampaikan oleh Puan Sawiyah@Sawiah Binti Abdullah (Penilai Daerah) dan Ceramah 2 “Karier Sebagai Konsultan Harta Tanah (Pengurus Harta)” oleh SR. Hj. Ishak Bin Ismail (CEO IM Global Property Consultants).

Selain itu, saya juga berkesempatan berkenalan dengan beberapa pelajar Kolej ShahPutra Kuantan dan berkongsi sedikit sebanyak berkaitan ilmu yang dipelajari berhubung dengan jurusan ini. Ini menunjukkan PEHARTA KSP dan PEHARTA UTM IC masing-masing mempunyai matlamat yang sama iaitu menampilkan kelebihan terhadap jurusan ini dan seterusnya memberi kekuatan kepada para pelajar untuk terus maju dalam jurusan ini.

Sebelah petangnya pula, kami semua berkesempatan untuk bersiar-siar di Teluk Cempedak yang begitu indah dan cantik sekali dengan pemandangan yang sememangnya memberi ketenangan kepada setiap individu yang singgah di kawasan tersebut. Anda boleh tengok beberapa keping gambar yang diambil ketika program. Hehe…






Akhir kata, program sebegini wajar diadakan lagi sebagai pengerat antara beberapa institusi yang mempunyai jurusan ini untuk terus bersama-sama membangunkan industri ini. Saya juga ingin mewakili UTM IC dengan mengucapkan berbanyak TERIMA KASIH dan TAHNIAH kepada organisasi yang menjayakan program ini. Insyaallah…Kalau ada umur yang panjang, dapat lagi kita semua bertemu kembali. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC
Merangkap Mantan Persatuan Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA)
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

aisha farha said...

huhuhu...mmg best...kenangan yang x akan dlupakan... >_<