Sunday, December 26, 2010

Gurindam2 - Wan Hazem...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Terdetik di hati saya untuk menciptakan satu gurindam yang selalu menjadi pesanan terhadap diri saya dan pembaca yang lain. Pesanan ini sering diberikan oleh rakan-rakan seperjuangan dan mentor-mentor saya dan akhirnya saya kumpulkan menjadi satu Gurindam2-Wan Hazem...
Hayatilah...

Font size

Gurindam2-Wan Hazem…

Kalau ingin hidup berjaya
Pasangkan niat setiap masa

Kalau ingin hidup berjaya
Ingatlah Allah sepanjang masa

Kalau ingin hidup berjaya
Hormat ibu ayah perkara yang utama

Kalau ingin hidup berjaya
Banyakkan kawan, tingaktkan usaha

Kalau ingin hidup berjaya
Tingkatkan ilmu dengan membaca

Kalau ingin hidup berjaya
Janganlah malu, teruskan bertanya

Kalau ingin hidup berjaya
Mesti berani tempuhi apa yang ada

Kalau ingin hidup berjaya
Lapangkan minda teruskan berwaspada

Kalau ingin hidup berjaya
Janganlah mudah berputus asa

Kalau ingin hidup berjaya
Percayakan diri, semangat mesti ada



Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: