Sunday, January 2, 2011

Percubaan Kedua bagi LI...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Percubaan kedua untuk Latihan Industri merupakan satu semangat baru yang perlu aku lakukan dan teruskan. Walaupun terpaksa berhadapan dengan 1001 pertanyaan oleh rakan-rakan tetapi itulah keputusan yang perlu aku lakukan juga demi kebaikkan diri sendiri.

Kali pertama melaksanakan tanggungjawab bagi Latihan Industri ini di Fadzilah & Fikri Sdn Bhd (Alor Star, Kedah) sudah cukup memberikan 1001 persediaan yang rapi untuk aku teruskan buat kali kedua di Firdaus & Associates Property Profesional Sdn Bhd (Taman Melawati Kuala Lumpur).

Pertukaran yang berlaku ini hanya sekelip mata saja dan terpaksalah aku berhijrah kembali ke kota metropolitan Kuala Lumpur untuk meneruskan perjalanan Latihan Industri bagi diri aku ini. Kali ini, aku tidak keseorangan kerana rakan sekelas aku juga di tempat yang sama iaitu Saudari Izyan Ayuni.

Maka akan bermulalah pengalaman aku melaksanakan tanggungjawab aku di firma baru ini mulai 3 Januari 2011. Insyaallah, dengan ilmu yang aku ada, aku akan buat yang terbaik dan aku akan kutip sebanyak mungkin pengalaman aku di tempat kerja tersebut.

Untuk terus berjaya, aku perlu banyak bersabar dan tunjukkan disiplin yang baik agar terus disenangi oleh pekerja-pekerja di situ. Insyaallah, dengan sokongan dari keluarga dan sahabat-sahabatku semua, aku akan buktikan kecemerlangan diri ini merupakan milik kita bersama. Insyaallah…

Kepada pembaca blog semua, doakan untuk diri aku dan sahabat-sahabat aku yang lain, yang sama-sama menjalani Latihan Industri di firma pilihan masing-masing. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam..

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

0 comments: