Monday, February 28, 2011

Kehangatan Materialistik...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Kehangatan Materialistik” merupakan satu sifat yang kian meresap dalam diri kita di era millennium ini. Ianya kian bergelora ketika diri meningkat dewasa. Materialistik dari sudut bahasa membawa maksud sifat yang mementingkan kebendaan. Ada yang sanggup berbuat apa saja bagi memuaskan nafsu dan keinginan kebendaan ini.



Kita dapat lihat terutamanya ketika menuntut di mana-mana sahaja IPTA, IPTS dan sebagainya, mereka yang tergolong dalam kategori ini akan sentiasa dilihat mewah sedangkan pada hakikatnya tidak. Mereka ini juga sanggup lakukan apa sahaja untuk memenuhi keinginan mereka itu walaupun terpaksa menggadaikan maruah diri.

Secara umumnya, semua manusia di muka bumi ini dipengaruhi dengan sifat “Materialistik” masing-masing. Ada yang Berjaya mengawal diri dan ada juga yang tewas dengan desakan nafsu. Tapi percayalah menjadi lumrah bagi setiap manusia ini terhadap sifat kematerialistikan itu. Cuma atas kebijaksanaan masing-masing mengawalnya.

Petang ini saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang bertajuk, “Materialistik” yang sebenarnya member gambaran dan maksud yang cukup tersirat dan akan membuatkan diri kita berfikir sejenak. Insyaallah… Bersamalah kita menghayati,

“Kehangatan Materialistik”


Masa silih berganti dunia semakin laju
Fikiran lebih terbuka mengikut peredaran masa
Adakah kita perlu mengekorinya
Apa yang berlaku di pelusuk dunia
Keikhlasan diri yang harus waspada
Diserapi nilai jenama

Semakin hangat materialistik menggoda jiwa
Semakin hari materialistik mengaburi jiwa
Semakin gagah materialistik menggoda dunia

Lihat pada si dia apa yang dipakainya
Dari rambut hingga ke kaki semuanya harga lumayan
Si nafsu pun mula memaksa jiwa
Cepat cepat dapatkan ia segera
Nanti apa pula dikata orang
Kita kan orang yang berada

Tell me why you wanna aunt what ya wearing now
Got a reputation can't appear in a
Simple and affordable gearing huh
Playing with my mind got me branded up
Sporting tommy hilfigers
And baby on the really there be something wrong with us
Be acting real silly wasting all them good dollars
On apparels with the brand cause
That be the one and only reason why you wear them
Thinking about what other people think
And without a doubt
You go materialistik run your money out
So don't become a slave to fashion
This here i be saying ums with a passion what !

p/s : Semuanya kita sentiasa berfikiran waras dalam mengawal hawa nafsu kita terhadap kebendaan. Insyaallah…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Friday, February 25, 2011

Perjalanan Hidup...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Perjalanan Hidup” merupakan satu proses yang pasti akan dilalui oleh setiap yang bernyawa di muka bumi Allah ini. Banyak pasang surutnya gelora hidup yang dihadapi oleh pelbagai jenis manusia yang bermacam-macam jenis nasibnya. Ada yang dapat berada teguh di kerusi empuk. Ada juga yang hanya dapat berlindung di sebalik pokok dan pelbagai lagi dapat kita perhatikan jika kita cakna dengan kehidupan sekeliling.



Saya amatlah bersyukur kepada Allah Taala kerana masih memberi penghidupan yang hampir 21 tahun untuk mengharungi liku-liku kehidupan sehinggalah saya seperti sekarang. Ada cacat celanya, ada juga anugerah dan kelebihannya. Tetapi kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa dan terus berusaha untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak.

Pelbagai anggapan telah dilemparkan kepada diri saya yang hina ini, tetapi saya masih mampu bertahan selagi kebenaran itu di pihak saya. Saya tidak akan sesekali goyah atau tunduk dengan desakan dan ancaman yang diberikan. Saya berjanji pada diri saya kali ini bahawa saya tidak akan sewenang-wenangnya diperguna atau di’boneka’kan oleh pihak yang cuba sentiasa mengambil kesempatan terhadap diri saya.

Banyak peluang yang saya cuba berikan dan saya hanya mengambil langkah berdiam diri tanpa sebarang tindak balas tetapi keadaan sekarang menentukan untuk saya terus membela diri saya. Walaupun ianya dianggap remeh oleh segelintir manusia, tetapi jika ia melibatkan maruah, nama dan diri saya, saya tidak akan sesekali membiarkan ianya terjadi buat kali yang seterusnya.

Saya percaya, Allah akan sentiasa bersama dengan hamba-Nya yang teraniaya. Saya akan tetap teruskan perjuangan hidup saya untuk menuntut keadilan dan kesaksamaan bersama-sama. Saya akan pastikan juga, anak bangsa akan terus ke hadapan dalam mengharungi persaingan hebat yang berkemungkinan besar mampu melenyapkan kita tanpa kita sedari. Insyaallah…

Oleh itu, saya ingin berkongsi satu lirik lagu ciptakan Dr. Wan Zawawi, nyanyian Ramli Sarip yang bertajuk, “PERJALANAN HIDUP”.

Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh mengembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalanan ku ini
Esok dan lusa bukan milikku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu
Oh Tuhanku

p/s : Hayatilah erti sebuah Perjalanan Hidup… hehehe =)


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Thursday, February 24, 2011

Dari MPM Beralih Ke Cikgu Tuisyen...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Setelah setahun memegang Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa tibalah pula untuk saya beralih angin mencari pengalaman baru sebagai Cikgu Tuisyen Peribadi (UPSR) bagi subjek Bahasa Melayu (Pemahaman dan Penulisa) dan Matematik bersama junior saya, Izzuddin Nizam yang akan mengajar subjek Bahasa Inggeris dan Sains.


Saya berasa amat bersyukur kerana terpilih untuk berbuat sedemikian setelah hampir 4 bulan menunggu keputusannya. Terima kasih, Encik Radhir Sham kerana memilih saya dan junior saya, Izzuddin Nizam. Jika diperhatikan semula dalam keluarga saya, abang saya adalah seorang Ustaz Bahasa Arab yang mengajar di Kedah dan kakak saya pula adalah Ustazah Pendidikan Islam di Pulau Pinang.

Tercapai juga hasrat saya untuk menimba pengalaman baru ini setelah Berjaya merealisasikan konsep “Mentor - Mentee” di dalam Persatuan Mahasiswa Pengurusan Harta Tanah (PEHARTA) sejak 2 tahun yang lalu. Mentee saya di UTM IC ialah Raja Norfarizal (2 DDF). Hehehe… Pengalaman baru ini tidak akan saya sia-siakan setelah diberi tanggungjawab baru dan saya akan gunakan sebaik mungkin untuk membantu anak bangsa saya dari sudut peningkatan Ilmiah. Insyaallah…

Pengalaman baru ini dijadikan satu sumber inspirasi baru untuk saya buktikan bahawa mahasiswa adalah peneraju aspirasi Negara. Mahasiswa bukan hanya mengadap buku 24 jam tetapi mempunyai pecahan 4 bahagian untuk sama-sama perjuangkan diri sendiri, keluarga, rakan-rakan, masyarakat, bangsa, agama seterusnya Negara tercinta bernama, Malaysia.

Tiada perkara yang mustahil pada zaman ini. Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Kalau kita hanya sekadar petah berbicara tetapi tiada satu perubahan yang mampu dilakukan tidak guna kita menimpa ilmu itu hanya untuk diri kita sendiri. Perkongsian ilmu itu merupakan salah satu cara untuk kita terus ke depan mencapai wawasan. Insyaallah…

Percayalah, sekiranya kita tekad untuk melakukan sesuatu yang baru sebagai meraih ilmu-ilmu yang mendatang, Insyaallah, kita mampu lakukannya. Janganlah mudah kita berputus asa, kutiplah ilmu walaupun sehingga ke Negeri China.

AKhir kata, doakan kejayaan saya…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, February 23, 2011

Hitam Putih Politik Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Percaturan dalam melibatkan diri dalam politik kampus merupakan satu tindakan yang perlu kita semua berfikir panjang. Banyak baik dan buruknya mengaitkan diri kita sekiranya kita meneruskannya, sedikit demi sedikit diri kita dihanyutkan ke lembah fitnahan serta menjadi perbualan hangat di seluruh kampus.

Setiap langkah akan diperhatikan, setiap tindakan akan dipersoalkan dan pelbagai lagi yang akan memberikan kita tekanan yang tinggi tetapi sekiranya kita seorang yang professional dan dapat menyesuaikan diri, tidak mungkin kita akan goyah hanya dengan perkara-perkara yang remeh-temeh seperti itu.

Pengalaman mengajar diri kita untuk terus berfikir baik dan buruk setiap tindakan yang kita putuskan. Ada yang akan mengangguk tanda bersetuju. Ada juga yang akan menggeleng tanda membantah. Tetapi menjadi asam garam seorang pemimpin untuk berhadapan dengan kedua-dua situasi ini. Jika kita benar, perjuangan akan tetap diteruskan juga tetapi jika kita salah, perjuangan hanyalah menjadi retorik semata-mata.

Segelintir belia remaja di seluruh Malaysia sering mengatakan bahawa politik Malaysia itu kotor termasuklah jugak politik kampus yang kian tidak terkawal sejak akhir-akhir ini. Apa sebenarnya yang menjadi kepentingan kepada sesetengah individu sekiranya ingin menguasai politik kampus? Apa sebenarnya matlamat perjuangan yang ingin diperlebarkan sekiranya cara kotor diguna pakai?

Tiada apa yang boleh saya perkatakan berkenaan dengan politik kampus ini melainkan setelah setahun Berjaya merebut kerusi Umum UTM IC. Setahun merupakan satu jangka masa yang amat pendek untuk saya membuat konklusi berkenaan dengan politik kampus ini. Banyak lagi sebenarnya ilmu yang perlu saya pelajari untuk terus berjuang dan bangkit kembali.

Sekiranya aku tewas dengan tuntutan duniawi yang semata-mata untuk menguasai tampuk kepimpinan tetapi keadilan dan kesaksamaan diketepikan, minta maaflah kerana saya bukan orang sedemikian. Saya masih percaya rezeki saya bukan di tangan manusia tetapi ditentukan oleh Allah Taala, cuma kita manusia yang diberikan akal fikiran ini perlulah berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal.

Memang perit dalam melayari sebuah bahtera dalam sebuah kepimpinan tetapi perlulah bertahan melayani karenah penumpang untuk sama-sama kita sampai ke destinasi masing-masing. Tetapi sekiranya kita membuat perkara yang tidak menyenangkan, akan ada pertikaian sehingga menyebabkan kepimpinan goyah dan terus karam di lautan.

Setiap individu berhak membuat keputusan masing-masing selagi tidak bertentangan dengan hukum Allah. Tiada orang berhak menentukan haluan kanan atau kiri yang dipilih setiap individu untuk terlibat dalam politik ini. Demokrasi dan Keadilan adalah perkara yang perlu diambil dan digariskan oleh setiap individu. Persepakatan dan persefahaman adalah perencah utama untuk kita terus bersatu sesama kita bagi melahirkan sebuah kepimpinan yang harmoni era globalisasi.

Akhir kata, sekiranya kita masih berfikiran sempit iaitu memperbataskan setiap individu yang terlibat dengan politik kampus ini, tiada guna memperjuangkan konsep “Keadilan dan Demokrasi” ini tetapi tidak mengamalkan pada kepimpinan yang diterajuinya dan di tempat yang sepatutnya. Berubahlah sebelum terlambat.

Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, February 22, 2011

Kematangan Dalam Mendepani Politik Kampus...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pemerhatian telah dilakukan kepada beberapa universiti awam Malaysia termasuklah Universiti Teknologi Malaysia International Campus berkenaan dengan Proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa sehinggalah terfikir untuk saya perkatakan pada hari ini berkenaan dengan “Kematangan Dalam Mendepani Politik Kampus”.

Saya beranggapan bahawa segelintir mahasiswa sekarang kurang minat terhadap dengan politik kampus ini malahan tidak tahu apa sebenarnya politik kampus, apa itu proses Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa. Banyak konflik dan persoalan timbul sebelum, semasa dan selepas proses Pilihanraya Kampus, tidak kiralah di UTM IC mahupun mana-mana universiti yang lain.

Proses pemilihan ini haruslah bersih dari pelbagai pihak (sama ada di pihak mahasiswa mahupun pentadbiran). Ketelusan dan keadilan mestilah dijadikan ramuan utama untuk memastikan segala proses yang dilakukan adalah berlandaskan Islam. Tidak guna sekiranya setiap mahasiswa yang dijadikan calon itu hanya sekadar menjadi BONEKA pihak-pihak tertentu dan terpaksa mengikut telunjuk atas dasar ingin berada di kerusi yang ‘Selesa’ itu.

Melihatkan situasi yang sedikit kencang ketika proses penamaan calon sehinggalah setelah pengumuman dibuat, boleh dikatakan banyak perkara yang secara jujurnya saya kurang bersetuju dan kurang menyokong termasuklah pemilihan bagi kerusi Umum KL dan Umum Skudai. Tapi saya akan lebih banyak menyentuh perkara yang melibatkan atau dikaitkan dengan diri saya.

Secara jujurnya, saya tidak pernah mengisytiharkan saya menyokong ‘totally’ terhadap “Revolusi Mahasiswa”, “Pro Mahasiswa” mahupun “Evolusi Mahasiswa”. Di UTM IC saya lebih ke arah memihak kepada “Revolusi Mahasiswa” disebabkan ada beberapa perkara yang membuatkan ideologi perjuangan saya seiring dengan gerakan mahasiswa tersebut dan saya sendiri masih menyokong dengan ideologi yang dibawa oleh pihak Pro Mahasiswa UTM IC.

Tetapi jika melibatkan UTM Skudai, saya lebih ke arah melihatkan calon-calon yang dipertandingan. Kredibiliti dan kepercayaan saya untuk saya memberi undi pada mereka yang bertuah adalah mereka-mereka yang menampakkan kesungguhan untuk ‘turun padang’ bersama-sama dengan mahasiswa di UTM IC. Sekurang-kurangnya mereka ini berani berdepan dengan mahasiswa di sini berbanding calon-calon lain.

Berbalik kepada perbincangan yang ingin saya sampaikan adalah mahasiswa haruslah sedar dari lamunan dan tidak tertipu seterusnya terikat dengan pihak-pihak yang senantiasa ingin mengambil kesempatan ke atas diri saya. Mahasiswa haruslah bertindak matang dalam membuat pilihan yang masih berlandaskan prinsip-prinsip diri masing-masing.

Kematangan dalam politik kampus yang dimaksudkan adalah bertindak secara berani dalam memastikan konsep “Keadilan dan Ketelusan” menjadi hak utama kepada seluruh masyarakat kampus. Bukannya menjadikan FITNAH dan PROVOKASI sebagai salah satu cara untuk meraih kemenangan mudah dalam pilihanraya kampus ini.

Saya ada banyak bukti berkenaan dengan politik kampus. 3 tahun dalam melayari suasana politik kampus ini cukup memberi kesan kepada diri saya sendiri. Banyak perkara yang tidak dijangka pernah singgah sebentar dalam hidup saya setelah saya bergiat aktif dalam bidang ini. Memang tidak dinafikan, saya pernah difitnah, diugut, diganggu oleh beberapa orang yang tidak dikenali tetapi saya masih kuat berdiri kerana saya yakin pada diri saya, sekiranya kita ingin menuntut keadilan percayalah halangan dan cabaran ini sentiasa silih berganti dalam hidup kita.

Pernah sekali seorang mahasiswa yang begitu ‘Alim’ cuba menyuruh saya membuat ‘PEMBOHONGAN’ semata-mata untuk memastikan kemenangan kepada pihak yang diinginkan beliau, tetapi saya bersama 2 orang bekas MPM dan 1 orang bekas Presiden PMI menegaskan bahawa menidakkan hak orang lain bukanlah cara yang berlandaskan ISLAM.

Jika difikirkan kembali, banyak perkara-perkara yang menampakkan ”KEBODOHAN” sendiri tetapi saya berdoa agar kalian yang terlibat itu diberikan petunjuk dan memohon maaf kepada mahasiswa-mahasiswa yang lain supaya persahabatan dan persaudaraan yang menjadi tunjang kekuatan umat Islam dan Bangsa Melayu it uterus berkekalan.

Mendepani politik kampus ini, setiap mahasiswa perlulah sentiasa berfikiran terbuka dan seterusnya berfikir apa baik dan buruknya. Bukan mendengar hanya dari sebelah pihak tertentu sahaja. Mahasiswa juga perlulah bijak memilih pemimpin yang berkredibiliti, pemimpin yang mesra rakyat, pemimpin yang memegang dasar prinsip Islam yang tinggi, pemimpin yang mampu membawa kita ke arah kebaikkan.

Akhir kata, saya tujukan kepada junior-junior saya, fikirkanlah sekiranya anda melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan konsep Islam semata-mata mengikut telunjuk senior-senior yang dianggap hebat itu, keluarkanlah diri anda itu dari terikat dengan mereka ini supaya anda tidak menyesal di kemudian hari. Percayalah, apa yang saya perkatakan ini adalah berdasarkan perkongsian rakan-rakan seperjuangan dan pengalaman yang saya sendiri alami.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, February 21, 2011

Melentur Buloh Biarlah Dari Rebungnya...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Melentur Buloh Biarlah Dari Rebungnya” itulah tajuk penulisan saya pada pagi yang permai ini. Ketika penulisan ini ditulis, suasana di sekitar saya sedang hangat dengan ‘mood’ Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar-Pilihanraya Kampus UTM. Dan sebelum itu, saya ingin mengucapkan TAHNIAH kepada Barisan MPM UTM IC sesi 2010/2011 yang baru iaitu Saudara Zulfadhli, Saudara Fitri, Saudara Zaim, Saudari Fatihah dan Saudari Ayu yang telah memenangi Kerusi Umum UTM IC tanpa bertanding.

Berbalik kepada peribahasa yang saya bangkitkan di awal penulisan ini, terdetik di benak fikiran saya mengenai suasana yang berlaku berkaitan dengan politik kampus dengan peribahasa tersebut. Ada perkaitannya antara satu sama lain. Saya berkata sedemikian kerana wujud kebenarannya berdasarkan pengalaman yang saya alami sejak seminggu ini.

Setiap mahasiswa yang berminat secara langsung atau tidak langsung terhadap Politik Kampus ini perlulah sentiasa membuka mata dan minda supaya tidak tertipu dengan hasutan, fitnahan dan pelbagai lemparan yang tidak masuk akal dan tidak berlandaskan pegangan kita iaitu Al-Quran dan As-Sunah. Dua bentuk persoalan yang akan saya cuba kaitkan iaitu pertamanya, Wajarkah Kita Untuk Menentukan Sesuatu Kepimpinan Tanpa Demokrasi? Dan keduanya, Wajarkah Untuk Kita Berselindung Di Sebalik Topeng Kebenaran?

Wajarkah Kita Untuk Menentukan Sesuatu Kepimpinan Tanpa Demokrasi?

Satu bentuk persoalan yang saya tujukan kepada mereka yang sentiasa mengambil kesempatan di atas kelekaan dan kepercayaan yang kita berikan. Saya pada mulanya berat hati untuk berkongsi secara terbuka ini tetapi saya beranikan diri juga untuk berkongsi kepada pembaca semua supaya anda semua dapat perhatikan apa sebenarnya yang ada di sebalik Politik Kampus ini.

Saya pernah berkongsi mengenai perkara ini kepada 3 orang mahasiswa yang begitu komited dalam Kepimpinan supaya sedar dari lamunan. Maksudnya, supaya diri tidak terikat dengan mana-mana pihak yang cuba sentiasa mengambil kesempatan kepada diri kita yang menampakkan kebodohan kita untuk mengikut apa saja walaupun ianya bertentangan dengan prinsip kita.

Berbalik kepada persolan yang cuba saya bangkitkan ini, saya sama sekali kurang bersetuju kerana setiap orang berhak untuk melakukan apa saja selagi tidak melanggari peraturan atau dasar Universiti. Saya berasa simpati kepada beberapa orang mahasiswa/i yang diibaratkan ‘teraniaya’ dek kemaruk dengan janji-janji mereka yang dipercayai.

Petang tadi, saya diberitahu oleh seorang bekas Presiden Persatuan Mahasiswa tentang beberapa perkara disebalik setiap peristiwa yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Saya berasa sedikit “KECEWA” dengan tindakan mereka ini yang cuba singkirkan saya dek “SAYA BEBAS – MENUNTUT KEADILAN & KESAKSAMAAN di UTM IC” tanpa menjadi penyokong tegar mana-mana pihak. Saya tegaskan di sini, Tiada seorang pun yang berhak menentukan jalan saya!

Berbalik kepada beberapa perkara yang berlaku di luar jangkaan saya, saya sendiri tidak mengetahui apa sebenarnya yang berlaku kerana saya bukanlah orang yang jenis menidakkan hak orang lain. Saya masih waras dan tahu apa itu dosa, apa itu pahala. Dan saya sedikit KECEWA dengan tindakan individu-individu yang cuba memecahbelahkan antara saya dengan mahasiswa yang lain. Saya dilaporkan oleh beberapa orang mahasiswa yang kebanyakkannya adalah mereka yang rapat dengan saya. Ada yang disuruh untuk jatuhkan saya dan akan diberikan wang sekiranya berjaya menjatuhkan saya. Ada juga yang ‘remove’ saya di Facebook tanpa sebab sehinggalah tidak bertegur sapa dengan saya.

Saya tegaskan di sini, saya tidak pernah melakukan FITNAH, BOHONG dan sebagainya kepada mahasiswa di UTM IC sehingga mereka ini menganggap saya antara MUSUH yang mereka ingin tewaskan. Kenapa saya dianggap sebegitu? Kenapa saya dianggap MUSUH? Kenapa orang membuat jahat terhadap diri saya? Kenapa orang nak jatuhkan saya? Apa yang saya buat sehinggakan mereka ini cuba membuat jahat terhadap diri saya? Insyaallah, saya MAAFKAN mereka ini tetapi saya TIDAK REDHA kelakuan jahat mereka ini terhadap diri saya. Saya berdoa setiap masa agar mereka ini datang berjumpa saya dan ceritakan apa sebenarnya yang mereka mahukan daripada saya.

Wajarkah Kita Berselindung Di Sebalik Topeng Kebenaran?

Satu lagi persoalan yang cuba saya bangkitkan pagi ini. Saya lebih bersikap jujur, sekiranya mereka ini antara pejuang Agama, Bangsa & Negara, wajarkah mereka ini melakukan “kekotoran” bagi mengaburi mahasiswa yang lain supaya bersimpati terhadap mereka? Jadilah seperti Rasulullah iaitu menegakkan Kebenaran dan Menentang Kemungkaran, bukannya mengamalkan perkara yang batil semata-mata untuk meraih simpati.

Saya ada BUKTI KUKUH bagi mengatakan bahawa perkara ini adalah rekaan semata-mata bagi meraih sokongan dan simpati di kalangan mahasiswa yang lain. Saya sendiri disuruh untuk melakukan FITNAHAN tetapi Dengan Nama ALLAH, saya TOLAK perkara tersebut kerana saya bukannya sepertimana yang mereka gambarkan. Saya bukannya jenis manusia yang menidakkan hak orang lain. Tetapi ALHAMDULILLAH saya berjaya pegang prinsip ini sehinggalah penulisan ini ditulis.

Saya percaya jika kita mengamalkan KEADILAN dan KESAKSAMAAN, Insyaallah, ALLAH sentiasa bersama dengan kita dalam meneruskan kehidupan yang kian ke akhir garisan penamatnya. Saya menyeru kepada mereka-mereka yang tidak senang dengan kehadiran saya dalam ARENA POLITIK KAMPUS, cukup-cukuplah memburukkan nama saya dan cukup-cukuplah menfitnah saya. Kalau berani, tunjukkanlah KEBERANIAN anda itu, dan bukannya berada di sebalik TOPENG KEBENARAN yang hanya menjadi plastic yang akhirnya dibuang ke Tong Sampah juga.

Berbalik semula dengan peribahasa yang cuba saya tonjolkan pada hari ini, jika dikaitkan dengan 2 persoalan dan situasi yang saya gambarkan di atas adalah mereka ini perlulah dididik semula supaya mengenal apa itu sebenarnya memperjuangkan Agama, Bangsa & Negara. Sekiranya mereka ini tidak dididik dengan cara yang betul sebelum masuk dalam ARENA POLITIK KAMPUS ini, maka akan berlaku KUCAR-KACIR dalam suasana kampus kita.

Pejuang-pejuang ini boleh dianggapkan seperti seorang bayi dan ibu ayahnya yang perlu mencorakkan sama ada memilih corak kebaikan dan kehitaman dalam kehidupan yang perlu diteruskan. Sekiranya, kita tidak memperbetulkan keadaan ini, kita sendirilah yang diibaratkan sebagai ‘BINGKAI GAMBAR’ yang terus membantu CORAK GAMBAR itu digantungkan dalam medan KAMPUS yang bernama UTM IC. Maka, perbetulkanlah semula niat dan janganlah mengamalkan perkara yang tidak berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata untuk meraih sokongan dan sebagainya.

Akhir kata, saya akan teruskan perjuangan saya dalam menuntut KEADILAN dan KESAKSAMAAN terhadap mahasiswa yang ditindas. Percayalah sekiranya kita ingin melakukan sesuatu perkara kebaikan, cabaran dan dugaan adalah menjadi permainan awal yang perlu kita tempuhi untuk kita mengecapi kejayaan. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa 09/10 Universiti Teknologi Malaysia International Campus wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, February 16, 2011

Hanya Di Mercu...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pagi ini saya ingin berkongsi satu lirik lagu yang begitu menyentuh hati dan memberi kekuatan dan semangat untuk kita terus berjuang mengejar cita-cita sehingga ke puncak mercu kejayaan. Insyaallah.. Bersamalah kita hayati, “Hanya Di Mercu - Ayu”. Terimalah,

HANYA DI MERCU…


Mimpi dan harapan
Bagai duri yang mencengkam
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Mimpi dan harapan cecita yang tinggi menjulang
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu

Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani

Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu…

P/S : Janganlah kita sesekali tewas dengan tuntutan hawa nafsu, Ingatlah Allah Taala dan teruskanlah hidup dalam berjuang membela Agama, Bangsa dan Negara serta kecapilah cita-cita sepertimana anda membayangkannya ketikamana anda masih lagi kecil, tak lain tak bukan, Hanya Di Mercu… Insyaallah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus

Tuesday, February 15, 2011

10 Kerusi Umum Calon MPM UTM Skudai...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Terpanggil saya hari ini untuk membawa para pembaca blog dan sahabat-sahabat saya terutamanya yang masih menuntut di UTM IC. Penulisan saya kali ini lebih ke arah pendapat dan pandangan saya mengenai 10 Kerusi Umum Calon MPM di UTM iaitu apa kebaikan yang diterima oleh pengundi di UTM KL.

Sepanjang saya berada di UTM IC ini dari tahun 2008 hinggalah sekarang tiada kedengaran Pemimpin yang kita pilih ini benar-benar membantu 5 orang Barisan MPM di KL dan menyuarakan pandangan berkaitan dengan UTM IC. Saya di sini bukannya cuba untuk mencetuskan kontroversi tetapi saya merasa menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan pemilihan kali ini akan benar-benar mentransformasikan mengenai agenda pembangunan dari segi kepimpinan atau pun pembangunan sahsiah yang melibatkan mahasiswa di UTM IC.

Saya di sini ingin mengucapkan jutaan “TAHNIAH” kepada Saudara Muhammad Zaki Omar, Mantan Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM sesi 2009/2010 dan beberapa lagi mantan MPM (Calon Umum) yang mengambil tahu mengenai apa yang berlaku di UTM IC. Saya merasakan jika kita (mahasiswa UTM IC) masih belenggu dan keliru untuk memilih barisan kepimpinan, saya CABAR CALON-CALON UMUM SKUDAI sama ada di Pihak EVOLUSI MAHASISWA ataupun PRO-MAHASISWA untuk turun berkempen di sini sebagai rasa tanggungjawab anda termasuklah selepas pengisytiharan kemenangan masing-masing.

Cuba para pembaca dan mahasiswa UTM IC sekalian fikirkan, di saat-saat akhir pembubaran MPM UTM, ada seorang “CALON UMUM” ini masih tidak mengenali Barisan MPM UTM IC. Saya bukannya apa dan saya berpendapat, kalau MPM UTM IC pun tak kenal, mahasiswa UTM IC pula lagi la… Betul tak?? Di mana tanggungjawabnya kepada pengundi di UTM IC?

Saya faham dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing setelah bergelar Pemimpin, tetapi apa salahnya sepanjang setahun bergelar MPM, cubalah mendengar masalah yang berlaku di UTM IC walaupun SEMINIT. Janganlah sampai tak ambil tahu langsung! Di mana tanggungjawab anda yang professional itu? Saya tak mahulah mahasiswa UTM IC mengulangi kesilapan sebegini dalam memilih pemimpin yang tidak bertanggungjawab sedemikian.

Saya faham kritikan saya ini hanyalah kepada 2 orang individu MPM UTM (Calon UMUM), tetapi berfikirlah “Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga”. Di pihak saya, saya tidak kisah, tetapi di pihak mahasiswa, saya perlu bertanggungjawab dan mendengar luahan hati mereka ini dan menjadi tanggungjawab saya untuk membawa perkara ini ke peringkat yang sepatutnya. Banyak kali saya bangkitkan perkara ini tetapi hanya mahasiswa UTM IC saja yang boleh jawab sama ada ianya telah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku atau mungkin takkan berlaku langsung dari segi responnya.

Oleh itu, saya amatlah berharap agar mahasiswa UTM IC dalam memilih 10 Barisan Calon UMUM MPM UTM sesi 2010/2011, anda mestilah berhati-hati dan tidak termakan dengan propaganda yang hanya manis di mulut tetapi selepas itu pahit ditelan mahasiswa UTM IC. Saya bersedia untuk bersoal jawab dengan mana-mana yang kurang berpuas hati dengan penulisan saya pada kali ini. Saya ada bukti, saya ada hujah saya, dan saya ada aduan daripada mahasiswa UTM IC sendiri.

Akhir kata, kepada BAKAL CALON UMUM MPM Johor sama ada di Pihak EVOLUSI MAHASISWA ataupun PRO-MAHASISWA, anda semua perlulah IKHLAS dan ada TANGGUNGJAWAB kepada kami (MAHASISWA UTM IC). Dan kepada mahasiswa UTM IC, pilihlah calon pemimpin anda yang benar-benar mampu menyuarakan dan boleh bersama-sama dengan 5 orang Barisan MPM UTM IC untuk bangkitkan suara dan hak anda di KL.


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Monday, February 14, 2011

Aku Bersama Pemimpin Politik Negara (2)...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pagi ini saya terbuka hati untuk berkongsi beberapa keping gambar saya bersama-sama Barisan Pemimpin Politik Negara tidak kiralah ianya dari Pihak Kerajaan mahu pun Pihak Pembangkang, tetapi ianya hanya sekadar perkongsian semata-mata.

Kenangan bergambar bersama-sama dengan Pemimpin Politik ini, sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi untuk mencapai cita-cita saya iaitu bersuara dalam Parlimen pada suatu hari nanti di masa hadapan. Insyaallah... =)

Jom, tengok gambar-gambarnya...


Aku bersama dengan YB Dato' Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, merangkap Ahli Parlimen Pasir Gudang, Johor.



Aku bersama dengan YB Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri Malaysia, Naib Presiden UMNO serta Ahli Parlimen Sembrong, Johor.



Aku bersama dengan YB Datuk Seri Haji Mohd Ali Mohd Rustam, Ketua Menteri Melaka merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Baru, Melaka.



Aku bersama dengan Y.Bhg Dato' Mustafa Ali, Setiausaha Agong Parti Islam Se-Malaysia (PAS).



Aku bersama dengan YB Dato' Ibrahim Ali, Presiden PERKASA Peribumi, merangkap Ahli Parlimen Pasir Mas, Kelantan.



Aku bersama dengan YB Datuk Md Sirat Abu, Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka.



Aku bersama dengan YB Datuk Abdul Manan Ismail, Ahli Parlimen Paya Besar, Pahang.


Insyaallah...saya akan teruskan lagi usaha bagi memastikan impian saya sama seperti mereka iaitu berada sama ada di dewan rakyat atau dewan undangan negeri. Insyaallah...

"Membangun Bersama Islam"

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Setahun Sudah Bergelar MPM UTM IC...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Dengan lafaz “Bismilahirrahmanirahim”, saya selaku pemegang Protfolio Kebajikan, Kolej & Pengaduan Awam Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus Kuala Lumpur, mulai 14 Februari 2011 telah bebas dari jawatan tersebut setelah setahun menjawatnya.

Saya memohon maaf sekiranya sepanjang saya berkhidmat untuk mahasiswa di UTM IC ini ada yang terlepas pandang, ada berlaku salah silap dan sebagainya, saya MOHON MAAF. Saya juga bersedia berhadapan dengan apa jua Krtitikan yang ingin dilemparkan terhadap jawatan saya sepanjang pemerhatian anda semua (mahasiswa UTM IC) selama setahun ini.

Di sini, saya ingin membuat konklusi terhadap jawatan saya dan apa jua yang telah saya lakukan di bawah Portfolio Kebajikan, Kolej dan Pengaduan Awam. Dan saya ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH di atas sokongan dan dorongan yang diberikan terhadap saya sama ada secara langsung atau pun tidak langsung. Tanpa anda semua, siapalah saya..!!

Berikut adalah konklusi terhadap portfolio saya sepanjang setahun. Insyaallah…

PROGRAM SEPANJANG MENJADI EXCO KEBAJIKAN, KOLEJ & PENGADUAN AWAM MPM UTM IC :-
I. Program University Social Responsibility di Bukit Katil, Melaka (USR@Melaka 2010)
 Program paling ramai melibatkan seluruh kampus UTM IC iaitu sebanyak 96 orang
 Program menggabungkan mahasiswa tahun 1, 2 & 3
 Bertemakan, “Mahasiswa Agen Tranformasi Masyarakat”
II. Program Ceria Bersamamu (Ceria’10)
 Program melibatkan mahasiswa turun padang dengan membuat kerja amal di Pusat Sindrom Down Malaysia
 Mahasiswa Prihatin asas utama
III. Program Kembara Siswa Utara
 Program yang melibatkan mahasiswa Utara dan terbuka
 Program berbentuk santai dan explorace
IV. Program Ekspedisi 1 Mahasiswa 1 UTM (XPDC 1)
 Program merapatkan ukhuwah antara Mahasiswa biasa, Rakan Exco MPM UTM IC dan MPM UTM IC sendiri
 Program ekstrim yang melibatkan pendakian Gunung Senyum dan ‘Caving’
V. Program University Social Responsibility di Felda Sungai Panching, Pahang (USR@Panching 2010)
 Program berbentuk pembangunan ilmiah di kalangan pelajar Felda
 Program motivasi utk pelajar sekolah rendah
VI. Program University Social Responsibility di Merbok 2011 (USR@Merbok’11) – Masih dalam proses

PORTFOLIO KEBAJIKAN
1. Telah mempromosikan Zakat Universiti selama 2 semester berturut-turut disebabkan sebelum ini belum pernah diwar-warkan
2. Telah membantu dan mempromosikan Biasiswa bagi Mahasiswa OKU di bawah KPT yang sebelum ini juga tidak pernah diwar-warkan
3. Telah menziarah mahasiswa yang terlantar di HKL disebabkan Demam Denggi dan patah tangan
4. Telah menyuarakan berkenaan dengan Ketidaksamarataan peraturan bagi mahasiswa tempatan dan mahasiswa antarabangsa ke peringkat atasan
5. Telah Berjaya mengekalkan penggunaan seluar Jeans di kampus UTM IC disebabkan factor keselamatan terhadap mahasiswa yang terlibat dengan bengkel
6. Telah menyatukan semula mahasiswa Utara (Kedah, Perlis dan Pulau Pinang)
7. Telah Berjaya mewujudkan bas bagi Balik Kampung kerana sebelum ini belum pernah dibuatnya
8. Telah Berjaya mewujudkan dan memperbanyakkan bas semasa “Study Week”
9. Telah menziarahi mahasiswa yang meninggal dunia disebabkan kemalangan jalanraya
10. Telah bersama-sama dengan staf HEMA berhubung pengedaran maklumat yang terpilih utk Biasiswa JPA bagi tahun1 (sesi 2010/2011-1)
11. Telah Berjaya menyelesaikan masalah berhubung kehilangan barang di Bilik Gym

PORTFOLIO KOLEJ
1. Telah Berjaya menurunkan harga sewa loker bagi sesi 2009/2010-2 iaitu dari kadar RM27 ke RM10
2. Telah Berjaya menukarkan syarat untuk simpan barang di Bilik Stor yang pada mulanya dikhaskan kepada JKM dan Mahasiswa (Sabah & Sarawak), dan terkini kepada seluruh mahasiswa yang UTM IC
3. Telah Berjaya membenarkan mahasiswa parking semula motosikal di blok masing-masing dan di sebelah surau yang sebelum ini hanya dibenarkan parking di hadapan kolej sahaja.
4. Telah Berjaya menghapuskan saman yang berlaku di KSJ berkaitan dengan parking motosikal di Blok masing-masing
5. Telah Berjaya menyambungkan semula kontrak Kafe Manbo selama 3 bulan selepas tamatnya tempoh kontraknya disebabkan kafe tersebut adalah paling menjimatkan mahasiswa
6. Telah Berjaya mengusulkan bagi penaiktarafan Kafe di Kolej Kediaman Siswa Jaya dan ianya telah dapat direalisasikan
7. Telah bejaya mengekalkan penggunaan blok C di Kediaman Siswa Semarak
8. Telah Berjaya mengurangkan saman bagi mahasiswi yang meletakkan kasut di depan bilik dari RM25 ke RM1
9. Telah Berjaya membangkitkan isu berkenaan dengan layanan staf yang kurang mesra
10. Telah Berjaya membangkitkan isu berkenaan dengan sesetengah felo yang tidak prihatin terhadap kes kecemasan mahasiswa
11. Telah Berjaya menaiktararkan wireless (access) di Kolej Kediaman Siswa Jaya
12. Telah Berjaya mendapat sebanyak 90 unit computer baru (30 unit PC bagi setiap blok di KSJ) hasil perbincangan yang diwujudkan secara tergempar yang melibatkan beberapa orang mahasiswa dan mahasiswi
13. Telah berjaya menyelesaikan masalah berkaitan dengan Lift di Blok B
14. Telah Berjaya memperbanyakkan bas bagi aktiviti persatuan mahasiswa UTM IC

PORTFOLIO PENGADUAN AWAM
1. Telah menyuarakan masalah mahasiswa berkaitan dengan akademik ke peringkat atasan iaitu Timbalan Pendaftar KST
2. Telah membangkitkan isu berkenaan kekurangan ‘Technician ’ di KSJ
3. Telah membangkitkan isu berkenaan dengan kerosakan Lift dan masalah blackout di KSJ
4. Telah menyuarakan masalah kehilangan pembakar roti dan kerosakan mesin basuh kepada pihak yang bertanggungjawab
5. Telah menyuarakan supaya dikekalkan harga sewa bilik iaitu sebanyak RM3 di KSJ

CADANGAN YANG TELAH DIUSULKAN
1. Pembinaan Tempat Letak Motor Berbumbung
2. Laluan beratap dari Blok A (mahasiswi) ke Surau
3. Diwujudkan Speaker Corner di UTM IC
4. Diwujudkan Student Centre di KSJ (tempat cadangan adalah di Kafe-sebelah gelanggang bola keranjang)

p/s : Mohon maad sekali lagi sekiranya ada salah silap... =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Katakan "TIDAK" bagi Sambutan Hari Kekasih...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“Katakan ‘TIDAK’ bagi Sambutan Hari Kekasih (Valentine’s Day)” itulah tajuk penulisan saya pada hari ini. Ianya adalah sebagai rasa tanggungjawab saya sebagai seorang Muslim dan Pemimpin Mahasiswa bagi sama-sama menyebarkan dan menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat dan pembaca blog agar tidak menyambut perayaan “Valentine’s Day” disebabkan roh perayaan tersebut mempunyai unsure-unsur Kristian dan amalannya juga bercampur dengan perbuatan maksiat yang bercanggah dan dilarang oleh Islam.



Baru-baru ini saya mendengar Khutbah Jumaat di Masjid Taman Melawati yang bertajuk “HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH”. Khutbah ini memberi sedikit renungan dan kesedaran kepada para muslimin yang hadir di tambah pula ianya melibatkan generasi hari ini dan akan datang. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dan juga Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine 's Day adalah HARAM kerana tidak pernah dianjurkan oIeh Islam.

Banyak kesan negatif yang kita dapat perhatikan melalui sambutan perayaaan ini kerana ketika inilah ramai di kalangan Belia Remaja Islam mula menagih kasih, meluahkan perasaan kasih antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram serta mula melakukan perkara-perkara maksiat sehingga pengakhirannya adalah melalui perzinaan demi membuktikan rasa cinta dan kasih sayang yang didambakan sebelum ini.

Ini jelaslah menunjukkan bahawa kita semua sebagai generasi hari ini perlulah sedar dari lamunan mimpi agar tidak terpengaruh dengan tingkahlaku atau menyambut perayaan yang berunsurkan selain prinsip-prinsip Islam. Islam adalah sebuah agama yang syumul dan Islam sama sendiri tidak pernah menyekat hubungan kasih sayang antara umatnya tetapi bagi meluahkan rasa kasih sayang itu perlulah melalui saluran yang dibenarkan oleh syarak. Malah terlalu banyak dalam al-Quran dan hadis menyatakan hikmah berkasih-sayang.

Firman Allah di dalam Surah al-Anfal ayat 63 yang bermaksud :
“Dan Dialah yang menjadikan hati mereka mesra antara satu sama lain. Seandainya engkau membelanjakan segala (kekayaan) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak akan dapat menautkan kemesraan antara hati mereka, tetapi Allah telah membibitkan kemesraan antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"

Sumber Catholic Encyclopedia menjelaskan bahawa Valentine adalah nama seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama itu di Rome sehingga dia ditangkap dan diseksa dalam penjara. Selama dipenjara, ia tetap mengajar dan menyebarkan agama itu di kalangan banduan dan membantu tawanan melepaskan diri dari penjara. Dikatakan juga bahawa ketika dalam penjara, dia jatuh cinta dengan gadis, anak salah seorang Pegawai Penjara. Di akhir hayatnya sebelum dibunuh, dia sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis itu yang bertandatangan “Daripada Valentinemu”. Maka semenjak itu orang Kristian mengambil sempena hari 14 Februari untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka, Valentine ini.

Jelaslah bahawa Sambutan Hari Kekasih ini merujuk kepada kisah tersebut dan sebagai seorang muslim yang mengaku beriman kepada Allah dan kerasulan Muhammad s.a.w., wajarkah kita merayakan hari kekasih ini?, patutkah kita mengambil peristiwa ini untuk disambut dan diraikan?. Alangkah jahilnya kita sehingga tidak dapat lagi membezakan antara ajaran agama kita dengan agama lain.

Benarlah kenyataan hadith daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Demi Allah yang nyawaku di dalam genggaman-Nya, pasti kamu akan turut jejak langkah orang-orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sedepa demi sedepa, sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke dalam lubang dhab. Lantaran itu, sahabat bertanya: "Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?" Baginda menjawab: “Siapa lagi kalau bukan mereka?”.

Apa yang lebih menyedihkan akibat dari merayakan sambutan hari-hari seperti ini remaja Islam semakin liar dan semakin ramai yang terjebak dengan gejala sosial serta keruntuhan moral. Rekod Jabatan Pendaftaran Negara bahawa sejak tahun 2000 hingga 2008 sebanyak 257,411 Sijil Kelahiran telah didaftarkan tanpa dicatatkan nama bapa. Rekod ini menggambarkan betapa ramai anak-anak yang tidak sah taraf atau lahir secara luar nikah untuk tempoh 9 tahun tersebut.

Jumlah yang begitu ramai untuk tempoh kurang 10 tahun ini sewajarnya mengundang rasa bimbang dan gerun dengan masa depan Generasi Islam. Jumlah itu membawa purata sebanyak 28,601 orang bayi setiap tahun. Sedarlah! segalanya ini bermula dengan gaya hidup barat yang songsang, yang telah
diterima dalam masyarakat kita.

Justeru, setiap orang Islam khasnya golongan remaja seharusnya meninggalkan budaya "Hari Kekasih" yang hanya bertujuan merosakkan akhlak masyarakat Islam. Ingatlah sesungguhnya Yahudi dan Nasrani akan terus berusaha sedaya-upaya untuk memperdaya umat Islam supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka. Pelbagai cara dan jalan yang mereka lakukan untuk merosakkan kepercayaan dan keperibadian umat Islam.

Malangnya, masih ada umat Islam yang tidak menyedari hakikat ini. Maka ,ramai dari kalangan umat Islam yang terikut-ikut dengan adat dan budaya serta cara hidup mereka. Kononnya, menurut peredaran zaman, sekalipun yang diikuti itu bertentangan dengan ajaran Islam dan budi pekerti mulia. Harus diingat, meniru budaya asing, terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui
latarbelakang perayaan itu, sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. Perkara seperti ini bukan sahaja menjejaskan akhlak umat Islam, bahkah boleh menjejaskan keimanan dan akidah mereka. OIeh itu, sebagai umat Islam kita hendaklah mengikut landasan Islam yang sebenar. Bukankah lebih baik kita mengamalkan adat dan budaya kita yang sopan selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip dan ajaran Islam.

Jelaslah di sini, kita sebagai generasi muda dan Belia Remaja Islam perlulah bersama-sama bersatu menghalang perayaan dari disambut oleh sahabat-sahabat kita, dan seluruh kaum saudara kita. Insyaallah, sekiranya kita sedar, memahami dan terus menegakkan kebenaran, Insyaallah kita mampu melakukannya dari membiarkan anak cucu kita leka dan terus hanyut di bawah jajahan minda Barat yang kian meruncingkan kini.

Akhir kata, bersamalah kita katakan “TIDAK” kepada perayaan sambutan Hari Kekasih “Valentine’s Day” ini. Insyaallah, maklumat yang saya perolehi dari Teks Ucapan Khutbah Jumaat di Taman Melawati ini adalah sebagai satu perkongsian bersama untuk kita sama-sama menghalang perayaan ini dari disambut oleh masyarakat Islam di Negara ini. Insyaallah…

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Mantan Exco Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Sunday, February 13, 2011

Perjuangan Belum Selesai...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Selepas menghayati lagu “Perjuangan Belum Selesai - Nora” ketika menunggu kedatangan Negerawan Terulung, Tun Dr Mahathir Mohamad semasa Simposium Dilema Melayu di PWTC semalam, saya rasa terpanggil untuk berkongsi lirik lagu tersebut kepada seluruh pembaca blog saya dan sahabat-sahabatku semua.

Lirik lagu ini memberi seribu satu inspirasi untuk terus memperjuangkan semangat Belia Remaja berlandaskan Islam. Insyaallah… Lirik ini juga terus memberi saya kekuatan untuk terus menjadi peneraju perubahan masa hadapan. Insyaallah…

“Perjuangan Belum Selesai” merupakan satu persoalan dan satu kenyataan untuk kita sama-sama sedarkan diri dari lamunan dan terus merangka strategi untuk bangkit dan bersatu bagi sama-sama mempertahankan AGAMA, BANGSA dan NEGARA kita. Insyaallah…

Maka, terimalah dari saya,

“PERJUANGAN BELUM SELESAI - Nora



Langkah, beribu langkah
Ke destinasi yang diimpi
Tiba terhenti, tercari-cari
Haluan arah, yang telah pun musnah
Harapan tak kesampaian

Hina, hinanya diri
Hanya menantikan bantuan
Bagaimanakah ini terjadi
Kerdilnya diri bukan lagi tuan
Inikah rupanya nasib bangsaku

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan juga terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Tanpa usaha, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal selamanya...

( bridge )
"Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
Bukankah sejak zaman berzaman
Mereka menjadi pelaut, pengembara
Malah penakluk terkemuka?
Bukankah meraka sudah mengembangkan sayap
Menjadi pedagang dan peniaga
Selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung samudera
Menjajah dunia yang tak dikenal?
Bukankah mereka pernah menjadi wira serantau
Yang tidak mengenal erti takut dan kematian?
Di manakah silapnya?"

Langkah demi langkah
Biarkah bertatih
Impian kan jadi terlaksana
Martabat diri ini, tiadakan bererti
Usahalah, janganlah leka

Mewah negaraku semerbak harumnya
Renjisan keringat oh bangsaku
Teruskan langkah ini
Biarkan ia kekal sentiasa...

( ending )
"Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
Kerana masa depan belum tentu menjanjikan syurga
Bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa

Perjuangan kita belum selesai
Kerana hanya yang cekal dan tabah
Dapat membina mercu tanda
Bangsanya yang berjaya"

p/s : Saya amatlah berharap agar kita sebagai generasi Millennium bersatu dan bersama-sama mempertahankan Agama kita, bangsa kita dan negara kita dari terus leka dan hanyut dibuai mimpi yang pada suatu hari berkemungkinan merugikan anak cucu kita. Insyaallah, jika kita masih dibelenggu dengan hawa nafsu, kita takkan kemana selagi kita semua tak buat perubahan. Maka, renung-renungkanlah… =)

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Saturday, February 5, 2011

Tangisan Al-Quran...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada pagi yang indah sungguh nyaman ini, saya baru berkesempatan membaca sebuah buku yang cukup memberi kita keinsafan tentang kerdilnya kita ini di hadapan Allah Taala iaitu Kembara Seorang Hamba tulisan Sasterawan Negara, Dato’ Shahnon Ahmad.

Apa yang ingin saya kongsikan pada pagi ini adalah berkenaan dengan sebuah sajak yang cukup puitis dan menginsafkan kita semua. Sajak hasil nukilan, Mahir-Ul-Qadri ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Ibunda kita iaitu Bahasa Melayu. “Tangisan Al-Quran” ini, cukup memberi 1001 maksud tersurat dan tersirat kepada kita sebagai hamba yang masih di jalanan menempuh hari-hari akan datang sebelum kita ke alam yang seterusnya dan dibangkitkan semula.



“Tangisan Al-Quran” ini juga saya khaskan kepada seluruh mahasiswa UTM, pembaca blog saya dan Belia Remaja Malaysia untuk kita sama-sama muhasabahkan diri kita. Oleh itu, terimalah sajak ini hasil nukilan Mahir-Ul-Qadri,

TANGISAN AL-QURAN Maher-Ul-Qadri

Sebagai barang perhiasan, mereka mempersolekkan aku
Namun mereka terus juga menyimpanku
Dan kadang-kadang mencium aku

Ketika perayaan mereka melaungkan ayat-ayatku
Sewaktu sengketa mereka bersumpah atas nama aku

Di atas rak-rak mereka menyimpan aku
Sehingga tiba pada perayaan
Atau sengketa yang lain
Bila mereka kembali memerlukanku lagi

Ya! Mereka membaca dan menghafalku
Tapi sebagai perhiasan sajalah aku ini
Tidak lebih daripada itu

Perutusan dan peringatan daripada-Nya
Yang kubawa tetap tersembunyi tetap terbiar

Khazanah-Nya yang kubawa tidak juga mereka sentuh

Arenaku tetap terbentang gersang
Dan tandus di mana dulunya
Menyemarak kegemilangan keagungan

Perlakuan mereka padaku memang biadab
Begitu banyak yang boleh kuberi
Tapi tiada siapa yang sudi menerimanya…

p/s : Semoga ianya memberi sedikit gambaran untuk kita sama-sama memuhasabahkan diri kita ini terutamanya kita yang masih bergelar seorang pelajar.

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

Thursday, February 3, 2011

'STOP' Pembodohan Mahasiswa...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Berjuang. Berjuang. Berjuang. Itulah ungkapan ‘Keramat’ yang sering meniti di bibir sesetengah mahasiswa yang begitu taksub dalam perjuangan mahasiswa. Ada yang hanya petah berkata-kata sahaja, ada juga yang hanya berani di belakang dan takut di hadapan, ada yang hanya bercakap kosong bak tin kosong dan ada juga yang sekadar melepaskan batuk di tangga.



Setelah hampir 3 tahun, saya berada di dalam pelbagai situasi yang melibatkan perjuangan mahasiswa ini, banyak perkara yang ingin saya kongsikan pahit dan manis di saat kita cuba sedaya mungkin untuk memperjuangkan hak mahasiswa yang berpaksikan “Keadilan dan Kesaksamaan”.

Tak ramai mahasiswa di UTM IC ini terutamanya mereka yang dikatakan memperjuangkan mahasiswa, yang berani menyahut cabaran luar dari Universiti untuk mengembangkan bakat pengucapan awam masing-masing dan setahu saya, kali terakhir UTM IC menghantar penyertaan bagi Pertandingan Technology Colloquium Parliamentary Style Debate 2009 yang bertempat di Dewan Sultan Iskandar, Johor dan Alhamdulillah saya dan kumpulan saya menang sebagai “Naib Johan”. Serta Pertandingan Berbalas Pantun peringkat Kuala Lumpur (tetapi kumpulan saya terpaksa menarik diri saat-saat akhir disebabkan ‘clash’ dengan program MPM UTM IC).

“Debat” dan “Pengucapan Awam” merupakan aspek penting bagi kita semua untuk membawa diri kita berhadapan dengan situasi umum dan secara terbuka. Dan ini jelas menunjukkan seseorang pemimpin mestilah mempunyai kemahiran dalam aspek ini bagi meyakinkan seluruh mahasiswa yang lain dan bertindak mengikut apa yang diperkatakannya.

Apa yang saya perhatikan, istilah “Berjuang” di kalangan sesetengah mahasiswa hanyalah sekadar ‘RETORIK’ semata-mata disebabkan untuk memperolehi pengaruh dan sebagainya. Mahasiswa sekarang perlulah sedar bahawa “Perjuangan” dalam menegakkan agama Allah adalah satu perkara yang wajib untuk kita sebagai seorang Pemimpin. Dan tidak hanya menjadi tanggungjawab sesetengah pihak sahaja.

Cuba kita lihat lagi, tidak ramai mahasiswa yang kononnya “Berjuang”, berani untuk ‘turun padang’ berjumpa dan berhadapan dengan mahasiswa yang lain dan masyarakat luar atau dalam erti kata lain “bersama-sama dengan mereka, bergaul dan bermesra dengan masyarakat luar ini”. Istilah “Mahasiswa Lesu” yang digempar-gempurkan sehingga menjadi perbualan hangat ketika Konvensyen Majlis Perwakilan Pelajar Peringkat Kebangsaan 2010 juga ada benarnya. Mahasiswa kita masih lagi, tidak berani berhadapan dengan risiko untuk bertindak mengubah corak perjalanan politik kampus masing-masing.

Apa yang ingin diperkatakan saya pada pagi ini adalah kita semua perlulah berfikir dan sentiasa berhati-hati dengan pelbagai cerita-cerita yang disebarkan termasuklah ada yang benar dan ada juga cerita yang berunsur fitnah. Mahasiswa sekrang perlulah cakna dengan situasi yang sedang melanda di sekeliling kita agar kita tidak terus hanyut dengan dunia kita masing-masing yang akhirnya akan melemaskan kita sendirian.

Mahasiswa juga perlulah banyak membaca buku-buku berunsur ilmiah atau buku-buku bermanfaat (yang anda minat), contohnya saya sendiri begitu minat dengan buku-buku berunsur Politik, Sosial Remaja, Belia, Biografi dan sebagainya. Buku-buku ini adalah sebagai wadah untuk kita memahami dan mendalami dalam pelbagai sudut/aspek yang akan memberikan kita sinar di kemudian hari.

Percayalah, dengan membaca juga akan membuatkan diri kita sentiasa berfikir ke hadapan dalam melayari sebuah bahtera kehidupan yang banyak liku-likunya sebelum sampai ke destinasi terakhir sebelum kita pergi buat selama-lamanya meninggal dunia yang fana ini. Jika anda melihat, tokoh-tokoh pemimpin di Malaysia terutamanya, menjadi aspek penulisan adalah sebagai medan untuk berkongsi pendapat dan perkongsian ilmu.

Penulisan ini juga merupakan satu bentuk ‘perjuangan’ yang sentiasa memberi kita sumber kekuatan dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu tinggi dan mempunyai banyak manfaatnya kepada kita dan orang lain. Cuma sedikit terkilan kerana ramai juga di kalangan kita masih, “copy and page” karya-karya orang lain semata-mata untuk memenuhi ‘entry’ masing-masing.

Insyaallah, dengan penulisan juga, proses untuk kita memikir dan mempraktikkan sesuatu perkara yang kita perkatakan itu sudah cukup kuat untuk mematangkan kita setelah pemerhatian dibuat dan tak kurang juga, perjalanan kehidupan kita sendiri yang memberi sumber inspirasi untuk kita membentuk satu penulisan yang berunsur nasihat dan ilmiah.

Saya ucapkan “SYABAS” kepada mereka yang berani membuat penulisan dan berkongsi pendapat secara terbuka dalam blog masing-masing. Dan ini menunjukkan anda semua “BERANI” dengan pendapat anda yang berkemungkinan besar akan memberi satu tamparan hebat kepada sesetengah pihak dan saya mengiyakan bahawa kesannya amat cukup mendalam. Saya juga pernah dikritik hebat oleh sesetengah mahasiswa UTM IC dengan permulaannya berunsur fitnah dan Alhamdulillah, saya tempuhinya juga kerana saya masih di pihak yang benar. Insyaallah…

Akhir kata, saya sekali lagi menyeru kepada mahasiswa yang lain, supaya beranikan diri dalam memberi pendapat dan pandangan sebagai pembentukkan perubahan corak kehidupan kita di masa akan datang. Dan hentikanlah dalam memperbodohkan mahasiswa yang lain. Percayalah, selagi anda tidak lakukan FITNAH atau DUSTA terhadap orang lain, Allah akan bersama-sama dengan kita.

Sekian, Wallahua’lam…

“Katakan STOP untuk Pembodohan Mahasiswa”

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Wednesday, February 2, 2011

Orang Berjaya Adalah Mereka Yang...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Mata tak terpejam, jari masih menari-nari ini menunjukkan aku masih belum mengantuk untuk tidur. Tanpa membuang masa, pagi ini, saya ingin berkongsi satu kata-kata hikmah, kata-kata perangsang, kata-kata semangat yang saya perolehi ketika berpraktikal di Firdaus & Associates.

Ini adalah sebagai satu perkongsian ilmiah saya bersama sahabat-sahabat dan pembaca-pembaca blog saya yang budiman. Kita mesti terfikirkan selalu, bagaimana untuk menjadi seorang Insan yang berjaya. Ini saya perolehi semasa saya sedang bekerja sebagai pembantu penilai, dan ianya cukup bermakna buat diri saya. Jom hayati bersama…

ORANG BERJAYA ADALAH ORANG YANG…



• Orang-orang Berjaya memahami “Kegagalan untuk merancang adalah merancang kegagalan”.
• Orang-orang Berjaya adalah mereka yang ‘FOKUS’ dan tahu apa yang mereka inginkan.
• Orang-orang Berjaya mempunyai masa melebihi 24 jam dalam sehari dengan menggunakan masa orang lain.
• Orang-orang Berjaya percaya pada konsep Penjenamaan.
• Orang-orang Berjaya biasanya mewujudkan “Niche Market”.
• Orang-orang Berjaya percaya akan diri sendiri.
• Orang-orang Berjaya mempunyai disiplin yang tinggi.
• Orang-orang Berjaya tidak akan menunda-nunda kerana percaya hari ini lebih baik dari esok hari.
• Orang-orang Berjaya bijak dan berani membuat keputusan.
• Orang-orang Berjaya adalah orang yang konsisten dan bersederhana dalam perilaku mereka.

p/s : Semoga pesanan dan perkongsian ini dapat memberi kita sedikit motivasi untuk mencapai cita-cita dan impian kita masing-masing. Insyaallah…

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

Tuesday, February 1, 2011

Gurindam3 - Wan Hazem...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Semakin menghampiri waktu bagi melepaskan jawatan Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia International Campus ini, saya melihat ada sesetengah pihak sudah mula membangkitkan tentang kehebatan serta kekuatan parti masing-masing bagi mana-mana politik kampus ini.

Bagi saya, biarlah mulai 2011 ini, mahasiswa bebas memilih secara terbuka mana-mana Calon Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM IC berdasarkan kekuatan dan KREDIBILITI seseorang calon tersebut dan bukannya berdasarkan PARTI atau PIHAK-PIHAK TERTENTU. Mahasiswa sekarang perlulah berani berhadapan dengan reality sebenar dan tidak termakan dengan “Pujuk Rayu Ular Sawa Lidah Bercabang”.


NOKTAH untuk POLITIK KAMPUS. Hari ini, saya cuba ingin menyampaikan satu lagi Gurindam yang saya cipta sendiri ketika sedang bertugas di Firma Firdaus & Associates iaitu Gurindam 3 : Wan Hazem yang berkaitan dengan Menjadi Seorang Pemimpin. Begitu banyak pahit dan manis ketika selama hampir setahun saya menjawat jawatan sebagai Exco MPM ini, ingin saya kongsikan secara bergurindam bernasihat.

Gurindam pada kali ini lebih saya tujukan kepada seluruh bakal-bakal pemimpin mahasiswa di pelbagai organisasi yang ada di kampus kita ini. Dan saya lebih selesa untuk menggelarkan anda sebagai antara orang yang bertuah kerana Allah memilih anda untuk berada di kerusi Pimpinan Mahasiswa di UTM IC. Bersamalah kita menghayati dan memahami apa sebenarnya yang perlu kita lakukan jika kita bergelar seorang Pemimpin Mahasiswa. Terimalah dari saya,

GURINDAM 3 – Wan Hazem.





Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Ikhlas kerana Allah adalah perkara pertama
Agar diri tidak bermegah-megah, angkuh dan alpa

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Adil dan Saksama adalah perkara utama
Mahasiswa sekeliling tak kesal dan tak diperguna

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Berfikiran terbuka perlulah sentiasa ada
Mahasiswa suka dan terus bersama dengan kita

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Fizikal dan mental, sentiasalah bersiap sedia
Cacian, fitnahan akan datang bertimpa-timpa

Menjadi seorang Pemimpin Mahasiswa
Ego dan emosi letaklah di tepi sana
Jiwa harmoni, semangat pun akan terus ada


Nukilan,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com