Tuesday, April 26, 2011

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…


Pada Ahad (24/4/2011) saya berpeluang dan berkesempatan untuk menghadiri satu pesta yang cukup manfaat buat diri saya iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) anjuran Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Membawa tema “Buku : Dunia Tanpa Sempadan” cukup membuatkan kita terfikir dengan buku sahaja kita dapat mengenali, mengetahui, meneliti sesuatu ilmu dalam pelbagai bidang yang diingini. Mustahil sekiranya sesuatu ilmu itu tidak dikembangkan menerusi penulisan dan ini memberi gambaran bahawa bidang penulisan ini merupakan satu cara sesuatu ilmu itu dikembangkan.

Hampir 200 buah gerai yang terdapat di pesta tersebut termasuk Karangkraf Publisher, PTS Publisher dan sebagainya lagi yang turut sama memeriahkan pesta buku tersebut. Setiap gerai yang terdapat di situ, masing-masing mempunyai daya tarikan dalam penghasilan atau penerbitan yang berkualiti tinggi.

Saya bersama-sama junior saya, Muhammad Salman mengambil kesempatan untuk berkunjung hampir ke semua gerai yang terdapat di situ untuk melihat buku-buku yang dipamerkan dan kualiti sesuatu buku yang ditonjolkan.

Di kesempatan itu juga, dapat melihat barisan penulis Novel yang turut memeriahkan pesta tersebut dan pelbagai pelancaran buku baru serta bual bicara / forum berbentuk ilmiah. Ini satu kelebihan dan kelainan yang patut setiap mahasiswa merasai kehangatan dalam melihat hasil-hasil kreatif dan hasil kajian/pemerhatian barisan Penulis.

Hampir 3 jam lebih kami meredahi dalam lautan manusia untuk mencari buku-buku yang diingini sehinggalah akhirnya muncul di satu gerai yang menjual hampir kesemua produknya itu berbentuk politik iaitu satu genre buku yang paling saya minati. Satu juga turut mengambil kesempatan untuk berkunjung ke gerai Istana Budaya untuk melihat skrip-skrip teater yang dipamerkan sehinggalah terdetik di hati saya untuk memiliki buku skrip teater yang bertajuk Tun Fatimah.

Novel berbentuk fiksyen juga turut dipamerkan dan apa yang paling menarik perhatian saya adalah novel tulisan seorang penulis Jepun yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Novel penulis Jepun tersebut adalah Seram dan Penyiasatan. Ini antara genre novel yang diminati saya.

Selepas itu kami singgah makan di Sogo dan seterusnya pulang ke Kediaman Siswa Jaya. Apa yang menariknya, ketika pulang kami meredahi hujan lebat seperti meredahi lautan manusia di PWTC. Dan saya merasakan bahawa setiap mahasiswa UTM dan yang lain, patut untuk turut bersama-sama menyemarakkan budaya membaca dalam diri kita semua.

Untuk itu, saya mengambil kesempatan untuk mencadangkan agar pihak Kepimpinan Teratas Mahasiswa untuk sama-sama menyemarakkan semula budaya membaca di kalangan mahasiswa dengan kerjasama Pihak Perpusatakaan Universiti masing-masing untuk terus melahirkan mahasiswa yang berkualiti dan berpengetahuan tinggi.

Jadikan membaca satu amalan
Untuk berjuang dan terus ke hadapan
Jangan nanti tertunduk tenggelam
Dek lemas dalam fakta yang bukan-bukan

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem90@yahoo.com

1 comments:

::NABILA RAIHAN :: said...

singaah jugak booth istana budaya. terbeli buku teater muzikal ali baba. ingt nk amik tun fatimah. nak pinjam~ cd skali.huhu boleh?