Tuesday, June 21, 2011

KL Gangster... Cukup Mantap...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 18 Jun 2011, saya bersama-sama dengan adik-beradik angkat saya di Kampung Krubong Tengah, Melaka dan adik-beradik angkat UTM (Irfan Shah & Nurhanudin) berkesempatan untuk menyaksikan sebuah filem arahan Saudara Syamsul Yusuf iaitu “KL GANGSTER”.



Filem yang berkisarkan mengenai suasana di sebuah kota metropolitan Kuala Lumpur yang begitu mendebarkan dengan kehadiran beberapa buah gangster yang sentiasa mengambil kesempatan bagi mendapatkan wang dengan mudah. Dan aksi-aksi pertarungan juga cukup memukaukan dan mantap!

Lakonan Aaron Aziz selaku watak utama juga cukup memberi kesan dan mempunyai nilai-nilainya yang tersendiri. Dan yang paling saya tertarik adalah watak antagonis lakonan Adi Putra & Syamsul Yusuf yang dapat saya katakana bahawa amat jahat! Kedua-dua watak lakonan mereka cukup bengis.

“Ini KL, Gua Punya !”

Itulah ungkapan keramat yang menyebabkan ramai penonton terikut-ikut dengan ungkapan tersebut. Jika filem “Hantu Kak Limah Balik Rumah” terkenal dengan ungkapan “Cerciter & Kito Bakor jew”, “KL Gangster” juga ada ungkapannya yang tersendiri iaitu “Ini KL, Gua Punya !”. Hahah…



Tapi yang cukup saya tertarik dan saya ‘respect’ adalah unsur keinsafan dan unsur kemanusiaan yang ditonjolkan oleh beberapa watak yang disifatkan amat berjaya dengan lakonannya. Inilah yang dinamakan bahawa filem Malaysia sekarang ke arah satu transformasi yang amat positif.

Dan jika ditanya berapa bintang yang akan saya berikan kepada filem ini, dengan mudah saja saya akan berikan 4.8 bintang kepada filem ini. Tentunya ramai yang tertanya-tanya ke mana lagi 0.2 bintang, jawapannya amat mudah iaitu watak tergantung lakonan Sheera Iskandar iaitu Zeti.

Tahniah saya ucapkan kepada pengarah Muda Alaf Baru iaitu Syamsul Yusuf dengan hasil kreatifnya membuatkan filem ini cukup terbaik. Dan hasil kerjanya juga mampu memartabatkan inovasi kreatif Belia Malaysia hari ini. Tahniah!

Akhir kata, filem “KL Gangster” ini cukup hebat dan cukup mantap. Tahniah kepada semua yang terlibat. Tahniah jugak di atas filem Melayu pertama berjaya melepasi kutipan 10juta...

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Diploma Pengurusan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: