Wednesday, July 20, 2011

Malam Pratonton Filem 'Senario The Movie Ops Pocot'...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pertamanya, saya ingin ucapkan berbanyak ribuan ‘TERIMA KASIH’ kepada Uncle David Teo dan MIG Online yang sudi menjemput saya untuk bersama-sama memeriahkan Program Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot di Sunway Pyramid pada malam tadi (19 Julai 2011).

TERIMA KASIH juga saya tujukan kepada Cik Ieda dan Firdaus yang sudi bersama-sama dengan saya pada malam pratonton tersebut. Sungguh kelakar ketika kami bertiga ‘on the way’ ke sana, dengan sesatnya, dengan tersalah masuk jalan dan sebagainya lagi. Hahaha… Apa-apa pun, sungguh enjoy dengan korang berdua.



Apa yang dapat saya katakan berkenaan dengan filem ‘SENARIO THE MOVIE OPS POCOT’ ini adalah sangat kelakar dan mempunyai mesej kenegaraan yang sangat kuat. Kerjasama dengan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) yang ditonjolkan, cukup memberi kelainan terhadap filem lakonan kumpulan Senario ini.

Tiga perwatakan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga watak utama iaitu Azlee Jaafar dengan ‘lembutnya’, Mazlan Pet Pet dengan ‘penakutnya’, Wahid dengan ‘pendiamnya’, cukup memberi kelainan terhadap file mini di tambah pula lakonan yang bersahaja oleh pelakon lain seperti Diana Amir, Mas Muharni, Sasqiya, Kamal Adli, Hairil dan sebagainya lagi.

Filem Kedua arahan Ismail Hashim atau Bob selepas filem ‘Ngangkung’ cukup menggambarkan betapa kreatifnya sutradara muda zaman ini. Filem yang mengangkat RELA sebagai latar belakangnya cukup menggambarkan kelainan yang ditonjolkan oleh filem-filem tempatan sejak akhir-akhir ini.

Elemen komedi yang ditonjolkan cukup ‘kena’ dengan jalan ceritanya serta para pelakonnya yang cukup memberi kesan terhadap elemen komedi yang ingin ditonjolkan. Jalan ceritanya juga cukup kuat untuk mengatakan bahawa filem lakonan senario kali ini mesti ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Saya juga berasa bertuah kerana mendapat peluang yang dirasakan jarang diberi peluang kepada ‘Mahasiswa’ untuk terlibat bersama-sama memeriahkan dunia perfileman tempatan. Mungkin kesempatan yang diberikan ini menjadi salah satu cara untuk penonton lapisan seperti saya ini terlibat secara tidak langsung dalam dunia filem ini.

Kesempatan yang diberikan untuk beramah mesra dengan barisan pelakon serta penerbitnya juga pada malam itu juga memberi sedikit sebanyak peluang untuk bersama-sama dengan mereka. Air Pepsi dan Pop Corn yang diberikan juga sedikit sebanyak menjimatkan kos kami bertiga yang menjadi antara mereka yang hadir pada malam tersebut.

Apa yang dapat saya berikan bintang terhadap filem ini adalah sebanyak 4.5 bintang disebabkan kepuasan hati saya terhadap jalan ceritanya yang santai dan bermesej. 0.5 bintang lagi saya tidak berikan terhadap filem ini adalah kerana satu babak yang dapat saya katakan cukup tidak logik iaitu Azlee ‘terbang’ ketika sedang mengejar peragut. =)

Akhir kata, saya ingin mengajak semua kawan-kawan saya untuk bersama-sama menonton filem SENARIO THE MOVIE OPS POCOT pada 21 Julai 2011 di pawagam seluruh Malaysia. Jom ikuti beberapa keping gambar saya ketika Malam Pratonton Filem Senario The Movie Ops Pocot, hehehe =)















Sekian, Wallahua’lam…


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
Universiti Teknologi Malaysia International Campus
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: