Monday, July 18, 2011

Penghormatan Terakhir Almarhumah YB Dr. Lo' Lo' Ghazali...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Takziah sekali lagi saya ucapkan kepada seluruh keluarga Almarhumah Dr Lo’ Lo’ Ghazali (MP Titiwangsa) yang baru sahaja kehilangan permata srikandi seorang pejuang Islam di Malaysia. Dan saya harap semuanya tabah menempuh dugaan dengan kehilangan Almarhumah ini.

Pagi tadi saya berkesempatan menziarahi jenazah dan pusara Almarhumah di Masjid Al-Akram, Datuk Keramat Kuala Lumpur. Sempat juga saya bersama-sama dengan jemaah lain menunaikan Solat Jenazah yang telah diimamkan oleh YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS merangkap Ahli Parlimen Marang, Terengganu).





Hampir 2,000 jemaah hadir memberi penghormatan terakhir terhadap Almarhumah dari pelbagai pelusuk di Malaysia. Ada juga kelihatan sekumpulan yang bukan Islam turut memberi penghormatan terakhir terhadap Almarhumah. Ada juga yang muda, remaja dan dewasa turut serta memberi penghormatan terakhir terhadap tokoh ini.

Saya juga terlihat beberapa pemimpin dari Pakatan Rakyat yang turut sama memberi penghormatan terakhir dan menziarahi pusara Almarhum di Datuk Keramat. Antara yang sempat saya jumpa dan bersalam adalah :
• YB Datuk Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang)
• YB Datuk Seri Anwar Ibrahim (Ahli Parlimen Permatang Pauh)
• YB Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak)
• YB Dato’ Haji Mahfuz Omar (Ahli Parlimen Pokok Sena)
• YB Dato’ Seri Mohamamad Nizar Jamaluddin (Ahli Parlimen Bukit Gantang)
• YB Dr. Mohd Hatta Ramli (Ahli Parlimen Kuala Krai)
• YB Dr. Mujahid Yusof Rawa (Ahli Parlimen Parit Buntar)
• YB Puan Hajah Siti Zailah Mohd Yusoff (Ahli Parlimen Rantau Panjang)
• YB Tuan Salahuddin Haji Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian)
• YB Tuan Khalid Abd Samad (Ahli Parlimen Shah Alam)
• YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong)
• YB Tuan Sivarasa Rasiah (Ahli Parlimen Subang)
• YB Tuan Tian Chua (Ahli Parlimen Batu)
• YB Puan Dr. Hajah Halimah Ali (ADUN Selat Klang)
• Dan beberapa orang lagi yang saya pun x ingat nama…

Saya dan keluarga saya mendoakan agar Almarhumah ditempatkan dikalangan mereka-mereka yang beriman dan beramal soleh. Insyaallah…Malaysia kita terasa kehilangan seorang srikandi yang cukup tabah dalam mempertahankan Islam dan menegakkan keadilan di Kuala Lumpur terutamanya berkaitan dengan Isu Kampung Baru.

AL-FATIHAH…


Salam Takziah dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
& KELUARGA
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: