Saturday, July 23, 2011

Selamat Hari Lahir YAB Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘SELAMAT HARI LAHIR KEPADA YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK, PERDANA MENTERI MALAYSIA’. Saya sebagai salah seorang rakyat Malaysia mengharapkan yang terbaik dari pihak YAB. Dan saya doakan agar kepimpinan YAB melaksanakan sebuah Negara Islam. Insyaallah. Jom ikuti sedikit sebanyak maklumat berkaitan dengan YAB.



Dilahirkan pada 23 Julai 1953 di Kuala Lipis, Pahang, Dato’ Sri Najib merupakan putera sulung kepada Perdana Menteri Kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein dan pasangannya Tun Rahah Mohd. Noah. Dilahirkan dalam keluarga lima beradik, empat yang lain adalah Ahmad Johari, Mohd Nizam, Mohd Nazim dan Mohd Nazir.

Dato’ Seri Najib mendapat pendidikan rendah dan menengahnya di St. John. Institute, Kuala Lumpur. Di zaman persekolahannya, beliau menjalani kehidupan seperti kanak-kanak yang lain. Beliau gemar bermain bola sepak dan basikal. Apabila menginjak dewasa, beliau mula berjinak-jinak dengan permainan golf, dan soccer.

Pada tahun 1974, dengan menggenggam Ijazah Ekonomi Industri, Dato’ Sri Najib memulakan kariernya sebagai eksekutif dengan Perbadanan Petroleum Nasional (PETRONAS) yang baru ditubuhkan oleh kerajaan pada ketika itu. Biarpun, pada mulanya, Allahyarham ayahandanya, menginginkan beliau menceburi bidang perakaunan, namun minat dan kecenderungannya menjurus ke arah politik.

Pertama kali Dato’ Sri Najib menjejakkan kakinya ke dalam bidang ini ialah selepas ayahandanya Tun Razak meninggal dunia. Sebagai mengenang jasa Tun Razak kepada kepimpinan negeri dan negara, UMNO Pahang kemudiannya sepakat meletakkan Dato’ Sri Najib sebagai ahli Parlimen Pekan. Malah, bukan sahaja Pengerusi Badan UMNO Negeri menyokong cadangan itu, Sultan Pahang turut memperkenankan pelantikan itu.

Mula menceburi bidang politik sewaktu berusia 23 tahun setelah dilantik sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, kawasan Pekan, Pahang. Kini, setelah 33 tahun beliau berkhidmat bersama-sama UMNO, tanggal 28 Mac 2009, beliau diangkat sebagai peneraju UMNO. Mengikut jejak langkah ayahandanya, Allahyarham Tun Abdul Razak, beliau tekad bangun mempertahankan perjuangan UMNO untuk negara tercinta.

BIODATA

YANG AMAT BERHORMAT DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN RAZAK
(SPMK, SPMS, DMK, SSSJ, SPSA, SSAP, SIMP, SPNS, SPDK, DUNM, DP, DPMS, DSAP, PNBS)

Perdana Menteri Malaysia Keenam
3 April 2009 – Kini

Timbalan Perdana Menteri
31 Oktober 2004 – 2 April 2009

Menteri Kewangan
17 September 2008 - Kini

Menteri Pertahanan
1999 – 2008

Menteri Pendidikan
1995-1999

Menteri Pertahanan
1990-1995

Menteri Belia dan Sukan
1987-1990

Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan
1986-1987

Menteri Besar Pahang, Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang
& Pengerusi majlis Perbandaran Kuantan
1982-1986

Timbalan Menteri Kewangan
1981-1982

Timbalan Menteri Pelajaran
1980-1981

Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1978-1980

Eksekutif Petronas
1974-1976

Nama: Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak
Tempat Kelahiran : Kuala Lipis, Pahang
Tarikh Lahir: 23 Julai 1953
Umur: 56 tahun
Nama Isteri: Datin Seri Rosmah Mansor
Anak: Noryana Najwa dan Norashman Razak

Latar Belakang Pendidikan:
• St. John Institution, Kuala Lumpur
• Malvern Boy’s College di Worchestershire, England
• Sarjana Muda Kepujian Ekonomi Industri daripada Notthingham University, United Kingdom

Sumber : Penerangan Malaysia


Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: