Sunday, September 25, 2011

Program Lambaian U Siri 2 2011, Kolej 11 UTM...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, berakhir sudah program pertama saya di Universiti Teknologi Malaysia ini sebagai Ketua Unit Tugas-Tugas Khas bagi Program Lambaian U Siri 2 2011. Program ini adalah anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej 11 dengan kerjasama Pejabat HEMA UTM, FELDA dan JPMM Dun Sedili, Johor.

Program ini juga telah mendapat sokongan dan penglibatan dari empat buah sekolah sekitar Johor iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Easter, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan Lokman Hakim dan Sekolah Menengah Air Tawar 2.

Program yang berkonsepkan Abang dan Kakak Angkat ini telah melibatkan hampir 160 pelajar sekolah menengah dan 60 barisan Urusetia dan Fasilitator. Ini merupakan kali pertama saya bekerjasama dengan seorang wanita sebagai Pengarah Program iaitu PKW Kpl Nur Izzati Ismail Zoawe yang dapat saya katakan bahawa seorang yang cukup bertanggungjawab dan sentiasa positif.

Sebelum tu, saya ingin mengucapkan berbanyak ucapan ‘Terima Kasih’ kepada barisan JKM dan Majlis Tertinggi Program kerana berani memberi tanggungjawab kepada saya sebagai Ketua Unit (K.U) Tugas-Tugas Khas yang merupakan pertama kali saya terlibat dalam kerja-kerja edit-mengedit poster, pamphlet dan sebagainya.

‘Terima Kasih’ juga saya ucapkan kepada sahabat-sahabat saya yang sentiasa menyokong dan membantu saya terutamanya dalam menyelesaikan tugas saya ini seperti Badrul Shahray, Abdul Muiz, Irene Foo, Faris Fauzi, Ganesh, Faiz Man dan sebagainya lagi. THANKS again…

Apa yang dapat saya katakan melalui penglibatan saya dalam aktiviti seperti ini, sedikit sebanyak saya mengenali kenalan baru terutamanya mahasiswi-mahasiswi yang cukup berwibawa. Insyaallah… Akak dan Abang Senior juga sangat-sangat membantu.

Walaupun ada terdapat kesilapan dan kelemahan bagi program ini, tetapi dapat saya katakan ianya cukup Berjaya kerana kerjasama dan kumpulan ini melakukan tugas-tugas mereka ini hanya dalam satu minggu sedangkan program ini dapat saya katakan cukup besar. Dan penglibatan daripada mahasiswa Tahun Satu juga menampakkan kesungguhan dan komitmen yang tinggi.

Berkenaan dengan aktiviti pula, antara aktiviti yang dijalankan adalah Latihan Dalam Kumpulan, Lawatan ke Majlis Konvokesyen UTM ke-47, Lawatan ke Tapak Pesta Konvokesyen, Berjalan ke Balai Cerap dan pelbagai lagi aktiviti sampingan yang telah dijalankan.

Apa-apa pun, saya cukup berpuas hati dengan program ini. Di sini juga, saya ingin kongsikan antara hasil-hasil kerja yang saya lakukan untuk program ini. Saya harap anda semua berpuas hati dan memberi tunjuk ajar untuk ilmu yang baru saya pelajari iaitu edit-mengedit…


Buku Cenderamata 1...


Buku Cenderamata 2...


Tag Nama Urusetia & Fasilitator...


Tag Nama Peserta...

Sekiranya ada sesiapa yang memerlukan khidmat saya, anda bolehlah emelkan pada saya bila-bila masa sahaja... Insyaallah... =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

1 comments:

rybe said...

lajunye die menaep. rest la dulu. :D