Thursday, November 24, 2011

Siapa Kekah Bidan Sepiah ?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Alhamdulillah, dalam meneruskan kehidupan yang penuh berliku ini dapat jugak saya menghabiskan sebuah buku fiksyen santai yang diterbitkan oleh Syarikat Sindiket Sol-Jah yang tidak asing lagi di kalangan remaja hari ini iaitu buku ‘Siapa Kekah Bidan Sepiah?’.


Karya yang dituliskan oleh 10 orang penulis berlainan ini cukup santai dan bersahaja. Penulisan yang cukup ‘straight forward’ ini memberi gambaran mudah kepada remaja seperti saya. Dengan pelbagai elemen yang ditonjolkan membuatkan diriku sekali sekala tersenyum, seram dan pelbagai perasaan bercampur.

Apa yang dapat saya katakan terhadap buku ini adalah anda sebagai pembaca akan sentiasa tertanya-tanya siapakah sebenarnya Harimau Jadian yang mengekah Bidan Sepiah? Pelbagai watak ditonjolkan oleh setiap penulis bagi menggambarkan watak masing-masing serta penceritaan yang tersendiri.

Antara watak yang ditonjolkan dengan nama serta gelaran yang cukup pelik dan melucukan seperti Bidan Sepiah, Jali Lempoyang, Dukun Najri Kamarianto, Pak Akob Baju Kot, Leha Kebaya Jarang, Encik Renjer, Wak Karmon, Abdul Kadeer Kuti, Leman Kompang dan sebagainya lagi.

Mesti pembaca blog saya tertanya-tanya siapakah mereka yang disebutkan tadi kan? Kalau anda nak tahu, setiap watak itu ada perwatakan dan situasi yang berlaku yang akan membuatkan anda semua tertanya-tanya siapa sebenarnya yang terlibat dalam kematian Bidan Sepiah tersebut.

Buku ini seperti satu permainan yang cukup hebat untuk memastikan pembacanya berfikir secara logik siapa sebenarnya yang terlibat sebagai Harimau Jadian. Anda sendiri akan membuat pelbagai andaian sehabisnya anda membaca satu persatu bab yang tersedia dalam buku ini.

Apa-apa pun saya akan sentiasa menantikan karya-karya terkini dari Sindiket Sol-Jah ini. Tiga buah buku lagi dalam proses membacanya satu persatu. Insyaallah, sekiranya tiada aral melintang, saya akan cuba kongsikan isi kandungan buku-buku tersebut di masa akan datang. Insyaallah…

3.5 Bintang saya berikan kepada buku ‘Siapa Kekah Bidan Sepiah ? ini. 1.5bintang lagi saya simpan kerana saya sendiri masih tertanya-tanya, siapakah yang kekah Bidan Sepiah tersebut… Hahahaha… =)

Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: