Sunday, April 1, 2012

BUNOHAN Penuh Persoalan...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘BUNOHAN’ ! Apa yang terlintas di fikiran anda jika disebut mengenai ‘BUNOHAN’? Adakah pembunuh? Adakah persekitaran yang melibatkan pembunuhan? Atau anda terfikir mengenai kawasan yang bernama ‘BUNOHAN’

Pada mulanya melihat trailer ‘BUNOHAN’, ianya cukup menarik perhatian saya. Di tambah satu persatu memuji mengenai filem ‘BUNOHAN’ ini membuatkan saya begitu teruja untuk menonton filem ini. 

Yang paling menarik perhatian saya adalah sehingga 2 orang tokoh politik muda Malaysia iaitu YB Nurul Izzah Anwar (MP Lembah Pantai – Naib Presiden PKR) dan YB Khairy Jamaludin (MP Rembau – Ketua Pemuda UMNO) turut sama memberi sokongan terhadap filem tempatan yang satu ini. 

Filem ‘BUNOHAN’ ini mengambil latar belakang di sempadan negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan dan dialek yang digunakan juga adalah dialek Kelantan. Suasana dan persekitaran yang ditonjolkan melalui filem ini agak berlainan berbanding dengan filem-filem tempatan yang lain. 

Filem arahan Dain Said ini melibatkan ramai pelakon yang cukup hebat dan pernah menerima pengiktirafan dalam Industri Perfileman Malaysia seperti Faizal Hussein, Soffi Jikan, Bront Palarae, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim dan banyak lagi. 

Apa yang dapat saya katakan mengenai filem ini adalah ‘OK’ sebab ianya bukan seperti yang saya harapkan. Plotnya yang agak berat untuk saya berfikir sedikit sebanyak menghilangkan mood saya ketika menonton filem ini sehingga menyebabkan saya tertidur tanpa menghabiskan menontonnya. 

Mungkin filem ini sesuai kepada mereka yang dahagakan filem yang boleh membuatkan mereka berfikir dan sesuai kepada mereka yang terlibat secara langsung dalam Industri Perfileman Malaysia. Filem ini juga boleh diibaratkan seperti lambakan filem-filem dari Thailand.


Apa-apa pun saya memuji dengan keberanian produser dan pengarah filem ini yang cuba menampilkan kelainan dan memberi kepelbagaian dalam merancakkan lagi Industri Perfileman Malaysia. Saya akan beri 2 bintang dari 5 bintang terhadap filem ini…hehehehe 

Di sini juga, saya ingin mengajak kawan-kawan dan pembaca blog saya untuk menonton filem ‘BUNOHAN’ ini…hehehe =) 

 Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: