Thursday, May 17, 2012

The Lady - Perjuangan Demokrasi Seorang Wanita...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… Saya baru sahaja berkesempatan untuk menonton sebuah filem berbentuk biografi/drama iaitu ‘THE LADY’. Filem arahan Luc Beeson ini turut dilakonkan oleh seorang pelakon yang berasal dari Malaysia iaitu Datuk Michelle Yeoh sebagai watak Utama yang diberi nama Aung San Suu Kyi. 

Filem ini menceritakan mengenai perjalanan hidup dan politik insan bernama Aung San Suu Kyi yang pernah menerima Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 1991. Perjalanan penceritaan yang berlatarkan masyarakat Myammar dahulu ini turut menyaksikan beberapa krisis yang cuba diketengahkan terutamanya berkenaan dengan Keamanan.



Lakonan hebat dari Datuk Michelle Yeoh harus dipuji apabila sekali imbas saja kita dapat memahami kehidupan dan perjalanan politik Aung San Suu Kyi yang kini telah bebas dari ditahan di dalam rumah beliau serta kembali aktif dengan karier politiknya. 

Filem ini turut memberi saya pelbagai jenis perasaan seperti sedih, bersemangat dan sebagainya lagi. Saya sendiri memuji filem yang cukup berkualiti ini dan menyeru kepada semua kawan-kawan dan pembaca-pembaca blog saya untuk sama-sama menonton filem ini. 

Sekali imbas, saya seperti menggambarkan perjalanan hidup seorang wanita ‘besi’ Malaysia yang turut aktif dalam politik Malaysia. Mungkin anda semua sudah mengetahui, siapakah gerangannya? Hehehe… 

Di sini saya ingin kongsikan sinopsis filem ‘THE LADY’

‘THE LADY adalah sebuah kisah yang luar biasa mengenai Aung San Suu Kyi dan Suaminya, Michael Aris. Ia juga cerita epic aman mengenai perjuangan seorang wanita yang merupakan teras gerakan demokrasi Burma. Walaupun jarak yang jauh dan berdepan dengan rejim musuh, cinta mereka tetap kekal sehingga ke akhirnya. Kisah kesetiaan dan pemahaman manusia yang berlatar belakangkan pergolakan politik yang masih berterusan sehingga ke hari ini.’ 

Apa-apa pun, saya memberi 5 bintang untuk filem ini kerana saya antara ribuan peminat filem seperti filem ‘THE LADY’ ini. Jika anda semua nak mengetahui lebih lanjut mengenai Aung San Suu Kyi ini, anda boleh lawati laman web ini, NOBELPRIZE

Selamat Menonton Semua ! 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: