Tuesday, May 1, 2012

Prokid Khidmat Insan Dinamik (PROKID VI) Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH ! Saya baru sahaja selesai satu lagi Program Khidmat Insan Dinamik (PROKID VI) Siri V 2012 yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tan Sri Jaafar Albar (SMKTSJA), Tanjung Sedili, Kota Tinggi Johor. Program PROKID VI ini dijalankan bermula 27 sehingga 29 April selama 3 hari 2 malam. 

Pertamanya, saya ingin ucapkan berbanyak ucapan ‘TERIMA KASIH’ kepada Saudara Abdul Raauf Saadon selaku Pengarah Program PROKID VI diatas kepercayaannya melantik saya sebagai Ketua Unit Tugas-Tugas Khas dan seterusnya sebagai Fasilitator PROKID VI.



Banyak pengalaman baru yang saya dapat ketikamana menyertai Program PROKID buat kali kedua setelah PROKID IV di Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu dan saya juga dapat mengenali lebih ramai kawan-kawan baru di bawah satu KTDI, antaranya Zawieyah, Nadiya, Firdaus, Izzat, Qayyum, Sulaiha, How, Ilyas, Afif, ‘S’ , Amirah dan sebagainya lagi. 

ALHAMDULILLAH, untuk PROKID VI ini, saya juga berpeluang untuk mendapat adik lagi kali ini. Dan PROKID VI kali ni saya berpasangan bersama Qayyum dan Kak Jue dengan adik-adik kami iaitu Faezah, Hasib, Ikhwan, Hani, Aien dan Faeza. Terima Kasih juga kepada beberapa orang adik-adik dari kumpulan lain yang sudi berkongsi cerita dan bermesra dengan saya. Insyaallah, abang takkan lupa dengan korang. 

“Ingat-Ingat Itu, Remember… 
Jangan Lupa Itu, Dont Forget… 
Saya Sayang Awak, I Love You… 
Hanya Engkau, Only You…” 

Seterusnya, TERIMA KASIH juga saya ucapkan kepada Unit Protokol iaitu Safwanah, Zamani dan Shafiqah di atas kepercayaan melantik saya sebagai Pengacara Majlis (MC) berpasangan dengan Amirah bagi Majlis Penutupan Rasmi PROKID VI. Satu pengalaman manis bersama-sama dengan anda semua. 

Walaupun bilangan peserta yang kurang memuaskan, apa yang dapat saya katakan adalah PROKID VI ini berjalan dengan lancar dan memberi kesan kepada para peserta yang menyertainya. Dan banyak aktiviti baru yang memberi input-input kepada para peserta. Insyaallah… 

Apa-apa pun, saya memohon maaf sekiranya sepanjang saya menjalankan tugas sebagai Ketua Unit TTK dan Fasilitator, ada perkara-perkara yang menyinggungkan mana-mana pihak. Insyaallah, jika ada peluang lagi, saya ingin bersama-sama dengan team ini lagi. Insyaallah… 

Sebelum itu, ingin saya ambil kesempatan mengucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH kepada Pihak Sekolah dan Guru-Guru SMKTSJA kerana banyak membantu dan memberikan ruang penginapan Fasilitator Lelaki yang cukup baik dan makanan yang cukup sedap. ALHAMDULILLAH… 

“Kalau ada sumur di ladang, 
Bolehkah saya menumpang mandi, 
Kalau ada umur yang panjang, 
Dapatlah kita berjumpa lagi…” 

*Gambar akan diupload untuk entry yang akan datang… Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: