Saturday, May 26, 2012

Wacana Ilmu : Satu Undi Satu Kewajipan - Mahasiswa Pedulikah Anda?

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH… hari ini saya berkesempatan untuk menghadiri satu Wacana Ilmu dengan satu tajuk yang cukup menarik perhatian saya iaitu ‘Satu Undi Satu Kewajipan : Mahasiswa Pedulikah Anda?’ yang bertempat di Fakulti Tamadun Islam UTM. Wacana ini pengerusikan oleh Saudari Nur Atikah Shaari dan antara ahli panelnya adalah Prof Madya Dr Azmi Shah bin Suratman (Dekan Fakulti Tamadun Islam), Saudara Darren Lai (Rakan HEMA) dan Saudara Mohd Nur Qadhir (Pengerusi Pro Mahasiswa UTM).

Banyak input-input dan pengetahuan-pengetahuan baru yang saya dapat melalui perkongsian oleh barisan ahli panel terutamanya Prof. Madya Dr Azmi Shah. Untuk pengetahuan semua, beliau pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha Agong Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (1979) dan Naib Presiden Persatuan Pekerja Islam Malaysia juga pada tahun yang sama.

Antara punca-punca berlakunya mahasiswa menentang pentadbiran universiti dan kerajaan adalah apabila mahasiswa itu sendiri diperkotak-katikkan, mahasiswa itu dipergunakan dan apabila berlakunya situasi mempolitikkan universiti. Setiap mahasiswa itu mempunyai idealism mereka sendiri Dan seharusnya idealism ini digunakan untuk kebaikan bersama dan bukannya dicantas.

Contohnya keadilan terhadap ekonomi. Apabila mahasiswa yang cerdik pandai ini melihatnya mengikut perspektif secara realistic seperti berlakunya ketirisan dan rasuah yang berleluasa menyebabkan mahasiswa bangkit untuk bersuara. Jika dilihat pada zaman dahulu, banyak isu yang boleh diperbincangkan secara terbuka sehingga terwujudnya ‘Speaker’s Corner’ dan antara isu yang hangat adalah mengenai Isu Bahasa iaitu penggunaan bahasa Melayu di Universiti.

Apa yang berlaku sekarang adalah berlakunya stigma bila berlakunya penentangan oleh mahasiswa, mahasiswa ini akan dianggap penentang universiti, penentang pentadbiran. Oleh itu, secara warasnya, janganlah padamkan idealism mahasiswa dan ianya akan memberi kesan berlakunya mahasiswa diam, mahasiswa tak berani bersuara dan mahasiswa penakut. Dan inilah yang cuba ditekankan oleh ahli panel iaitu isu sebegini yang perlu diberi perhatian.

Selain itu, ahli panel juga ada menyatakan bahawa demonstrasi itu adalah perkara biasa bagi seorang mahasiswa ketika dahulu dan sekarang juga dianggap biasa apabila kita semua memperhalusi maksud demonstrasi itu sendiri. Setiap situasi akan menyebabkan berlakunya demonstrate itu sendiri sama ada situasi tawar-menawar dan sebagainya lagi.

Persatuan-persatuan, kelab-kelab juga tidak terlepas dalam berpolitik dan demonstrasi ini. Ianya adalah kerana setiap persatuan dan kelab itu sendiri mempunyai organisasi dan sistem demokrasi yang digunapakai. Asasnya kepada berpolitik itu sendiri adalah sistem berorganisasi.

Saya juga berkesempatan untuk bertanyakan dua soalan kepada ahli panel iaitu :
• Apa komen ahli panel berkenaan dengan isu mahasiswa terlibat dan turut serta dengan demonstrasi jalanan seperti Bersih dan sebagainya?
• Apa komen ahli panel berkenaan dengan wujudnya pelbagai gerakan mahasiswa baru di seluruh Malaysia yang tumbuh bak cendawan seperti Pro Mahasiswa Nasional, Aspirasi, LMP dan sebagainya lagi. Adakah ianya akan memberi kesan negative kepada generasi mahasiswa akan datang?

Antara jawapan yang sempat saya catit adalah pertamanya semuanya berbalik kepada isu yang dituntut dan kenapa demonstrasi itu sendiri berlakunya. Semuanya adalah berlandaskan kepada hak kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Kita perlu kepada kebenaran dan keadilan berdasarkan hujah dan fakta yang kukuh untuk kita menyokong sesuatu isu itu.

Seterusnya, setiap gerakan mahasiswa itu sendiri mempunyai ideologi mereka sendiri. Dan ianya perlu dilihat secara positif. Bila ada sikap acuh tak acuh dalam isu semasa ianya akan membawa kepada satu penyakit. Dan semuanya adalah melihat kepada sistem yang digunapakai sekarang. Sekiranya ianya memberi kepada kebaikan maka teruskan dan jika mengundang keburukan, maka fikir-fikirkan.

Itu sahaja yang sempat saya catit dan secara kesimpulannya yang dapat saya katakan adalah wacana ini cukup memberi saya ruang untuk saya berfikir secara lebih mendalam mengikut dengan penghujahan yang diberi. Dan saya mencadangkan agar wacana berkenaan dengan isu ini dapat diteruskan mungkin melibatkan antara tokoh-tokoh yang lebih hebat dan ternama untuk kita sama-sama melihat hujah mereka pula. Insyaallah…


Sekian, Wallahua’lam…

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: