Tuesday, June 19, 2012

Lawatan Akademik ke Majlis Perbandaran Kulai, IOI Properties Berhad dan Johor Land Berhad...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

ALHAMDULILLAH, selesai sudah hari pertama Kem LAD 1 pada hari ini. Tiga tempat yang kami berkesempatan untuk membuat lawatan akademik iaitu di Majlis Perbandaran Kulai, IOI Properties dan Johor Land Berhad.

Sebelum tue, TAHNIAH dan TERIMA KASIH saya ucapkan buat barisan AJK Kem LAD 1 terutamanya Saudari Nurfarhana Malek selaku Pengarah Program untuk sesi kali ini. Semuanya berjalan dengan lancar. ALHAMDULILLAH… =)

Permulaannya kami dibawa ke Majlis Perbandaran Kulai (MPKU) untuk sesi taklimat awal dan ringkas serta diberi goodies bag kenang-kenangan oleh pihak MPKU. Dan seterusnya dibawa ke IOI Properties yang berhadapan dengan IOI Mall. Taklimat di sini saya hanya mendengar dan banyak juga pengetahuan yang saya dapat ketika sesi ini berlangsung.

Seterusnya kami diberi taklimat mengenai Majlis Perbandaran Kulai oleh Encik Sahanata Ismail selaku Penolong Pegawai Penilai MPKU. Kami difahamkan mengenai 4 mukim yang terdapat di bawah MPKU dan kawasan MPKU ini sendiri berkeluasan hampir 747km². Kawasan ini adalah di bawah Program Bandar Selamat 2011. Dan di sini saya kongsikan serba sedikit mengenai Kronologi Program Bandar Selamat.

2004 : Arahan Jemaah Menteri untuk mewujudkan Bandar Selamat dan Pelancaran Buku Program Bandar Selamat – 23 Langkah Pencegahan Jenayah
2005 : Hebahan Program Bandar Selamat dan Penglibatan 38 Pihak Berkuasa Tempatan (Bandaraya dan Perbandaran) di Semenanjung Malaysia
2006 – 2008 : Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan memantau pelaksanaan Program Bandar Selamat, Garis Panduan Minimum Spesifikasi Teknikal Pemasangan CCTV di kawasan Pihak Berkuasa Tempatan, Panduan Pelaksanaan Bollard dan Rel Penghadang dan Garis Panduan Pencahayaan bagi Pencegahan Jenayah
2009 : Program Transformasi Kerajaan (GTP), NKRA Mengurangkan Jenayah, LAB NKRA (5 Oktober – 19 November 2009) : NKPI 1.2.1 – Mengurangkan Jenayah Jalanan Negara melalui Program Bandar Selamat dan NKPI 1.1.4 – Crime Prevention Through Environmental Design (CPTED)

15 Langkah Bandar Selamat diperkenalkan melalui 3 strategi untuk menguatkan lagi Program Bandar Selamat ini iaitu :
Strategi 1 – Mereka bentuk persekitaran fizikal. Terdapat 3 langkah dibawahnya iaitu :
a. Pengasingan Laluan Pejalan Kaki dari Laluan Bermotor
b. Pelaksanaan Reka Bentuk Persekitaran Fizikal yang Selamat (CPTED)
c. Pemetaan GIS Jenayah dan Program Bandar Selamat

Strategi 2 – Memperkasakan kawasan sasaran. Terdapat 9 langkah dibawahnya iaitu :
a. Penyediaan Balai Polis Tetap atau Bergerak
b. Penyediaan Cermin Keselamatan
c. Penyediaan Papan Tanda Peringatan Jenayah
d. Penyediaan Penggera Keselamatan
e. Penyediaan Tempat Motosikal Berkunci
f. Pemasangan Kamera Litar Tertutup (CCTV) di Premis Perniagaan dan Tempat Awam
g. Pencahayaan
h. Laluan Awam Tidak Terlindung dari Pandangan Awam
i. Penjanaan Aktiviti Bersesuaian di Kawasan Terdedah dengan Jenayah

Strategi 3 – Pengurusan, penyertaan komuniti dan kesedaran awam. Terdapat 3 dibawahnya iaitu :
a. Pendidikan, Kesedaran Awam dan Publisiti
b. Meningkatkan Rondaan di Kawasan Perumahan
c. Agenda Tetap Bulanan Mesyuarat Majlis Penuh PBT

Selain itu, kami turut dimaklumkan mengenai pembangunan yang telah, sedang dan akan dibuat di Daerah Kulai. Antaranya ialah :
• Pusat Pentadbiran Kulaijaya
• Pembangunan Bandar MSC Cyberspot
• Johor Premium Outlet (JPO)
• Senai Airport City (SAC) – Hi-Tech Park
• Senai Airport Terminal Services
• Kawasan Perindustrian Sedenak
• Ibu Pejabat Polis Daerah Kulaijaya
• Kulai Centrepoint
• Mengecat Bangunan Bandar Kulai dan Bandar Senai (Biru adalah warna tema di Bandar Kulai)
• Pembinaan Masjid Daerah Kulaijaya

Seterusnya, ketika di Johor Land Berhad pula, sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Yusuf Ahmad yang juga merupakan bekas mahasiswa UTM kursus Pengurusan Harta Tanah dan pengalamannya juga adalah hampir 20 tahun dalam sektor pemaju ini.

Johor Land Berhad ini telah hampir 40 tahun terlibat dalam pembangunan hartanah dan antara pembangunan terawalnya ialah di tampoi. Antara anak syarikatnya pula ialah Advance Development Sdn Bhd dan Pembinaan Prefab Sdn Bhd. Antara ‘Land Bank’ untuk Johor Land Berhad ini ialah Bandar Dato’ Onn, Tiram, Pasir Gudang dan lain-lain.

Akta dan perundangan banyak terlibat dalam sektor pemajuan dan pembangunan harta tanah ini dan antara yang paling penting adalah Akta Pemajuan Perumahan. Johor Land Berhad ini bermula pada tahun 1972 dan projek yang terkini adalah Projek Bandar Datuk Onn. Pemajuan dan pembangunannya adalah dibawah Wilayah Shah Iskandar.

Selain itu, kami turut diberi taklimat tambahan mengenai persediaan ke sesi temuduga oleh Puan Hamidah selaku wakil Jabatan Sumber Manusia Johor Land Berhad. Antaranya nasihatnya ialah tingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dan Keyakinan Diri.

Itu sahaja rasanya yang dapat saya kongsikan sebagai ilmu dan pengetahuan untuk semua pembaca blog saya. Insyaallah, esok hari pula kami akan pergi Lawatan Akademik ke Syarikat Air Johor pula. Doakan agar semuanya berjalan lancar. AMIN…

Saya bersama rakan sekuliah saya...
 Majlis Perbandaran Kulai (MPKu)
 IOI Properties Berhad
 Johor Land Berhad
 Antara Goodies Bag dan Cenderahati yang saya dapat... =)
 Aku bersama YB Dato' Seri Chor Chee Heung, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Beliau merupakan antara orang yang bertanggungjawab dalam sektor perumahan dan harta tanah di negara kita (sekadar gambar tambahan... hehehe)

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: