Saturday, September 29, 2012

Pilihanraya Kampus UTM - Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

“TERUS BERBAKTI” 

Itulah ungkapan pertama saya ketika mana membuat keputusan untuk bertanding dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Sesi 2012/2013 buat kali kedua dan pertama kali sebagai Calon Fakulti Geoinformasi Dan Harta Tanah. 

“TERUS BERBAKTI” 

Itu jugalah ‘Tagline’ yang mewakili diri saya sepanjang saya berkempen bagi meraih sokongan dan undi dari kalangan mahasiswa/i Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah selaku para pengundi saya. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. 

“TERUS BERBAKTI” 

Juga membuatkan saya lebih dekat dengan para pengundi saya terutamanya sahabat-sahabat, senior-senior dan junior-junior saya di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Insyaallah…sama-samalah kita menyokong usaha untuk terus berbakti untuk mahasiswa. Insyaallah… =) 

Pertamanya, saya nak ucapkan ‘JUTAAN TERIMA KASIH’ kepada abah mama saya, keluarga saya, Pengurus Kempen saya (Nazrin a.k.a Jong), Ketua Jentera (Fazrin), Barisan Jentera saya (Aliff Haikal, Hisyam, Nazrin, Hisham, Anum, Fida, Hidayah, Ima, Eleena,  Najwa, Bob, Yusrin, Akmal, Jiro, Wafiey, Radhie, Adline, dan sesiapa sahaja yang membantu saya ketika berkempen sehinggalah saya menang dalam PRK ini), Pencadang saya (Aqiff Wahid), Penyokong saya (Wan Zaeri) dan semestinya PARA PENGUNDI saya. Hanya ALLAH sahaja yang mampu membalas budi korang semua… Insyaallah… =) 

Secara rasminya, ALHAMDULILLAH saya mendapat undian seramai 582 undi dari 817 yang turun mengundi di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Undian yang sebanyak hampir 75% ini membuatkan diri saya lebih bersedia untuk membantu, memperjuangkan dan seterusnya mempertahankan hak-hak mahasiswa di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah. Insyaallah… Keputusan penuh calon di Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah ialah : 

1. Wan Muhammad Hazem (3SGHL) – 582 
2. Siti Nadiah Zainudin (2SGHP) – 485 
3. Abdul Hadi Kamaruddin (2 SGHU) – 411 
4. Nurul Nabila Mohammad Fadzil (3 SGT) – 378 
5. Abdullah Muhaimin (4 SGU) – 321 
6. Nur Amirah Fitriah Zainal (3 SGG) – 274 

ALHAMDULILLAH… dengan kepercayaan yang diberikan oleh para pengundi saya, Insyaallah…saya akan cuba sedaya upaya untuk merealisasikan Manifesto saya melalui beberapa kaedah dan strategi yang saya rancang. Insyaallah…Cuma saya perlukan sokongan yang padu untuk kita sama-sama memeriahkan Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah.



Insyaallah, saya akan terus bersama-sama dengan Mahasiswa/i Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah dalam segala apa jua isu yang melanda. Yang paling penting, bersama-samalah dengan saya untuk kita sama-sama merapatkan kembali ukhuwah Mahasiswa/i di fakulti ini sepertimana fakulti-fakulti lain. Insyaallah… =) 

“TEGURLAH SAYA SEKIRANYA SAYA MENYIMPANG ATAU MERASAKAN PERKARA YANG SAYA BUAT ITU TAK BETUL” 

Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan “JUTAAN TERIMA KASIH” kepada semua yang terlibat dalam membantu saya dalam Pilihanraya Kampus UTM. Dan sentiasalah menyokong saya sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang saya menjadi MPP sehingga kabinet MPP UTM Sesi 2012/2013 dibubarkan tahun hadapan. Insyaallah… 

“TERUS BERBAKTI” 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
Exco Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM Sesi 2012/2013 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: