Saturday, December 22, 2012

'Jom Boling' YB Menteri Kerja Raya Bersama MPP IPT/Belia...

Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

Pada 14 Disember 2012 (Jumaat) yang lalu, saya berpeluang untuk menyertai dan mewakili Universiti Teknologi Malaysia dalam “Program ‘Jom Boling’ YB Menteri Kerja Raya Bersama MPP IPT/Belia” yang diadakan di Tropicana Golf and Country Resort. 

Saya bersama-sama dengan Saudara Raja Hazman, Saudara Khuzaini dan Saudari Maisarah dalam satu pasukan menentang hampir berbelas-belas kumpulan lain termasuk kumpulan YB Datuk Seri Shaziman Abu Mansor, Menteri Kerja Raya dan lain-lain IPT. 

Walaupun tewas di tangan 2 kumpulan dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM) dan kumpulan YB Menteri Kerja Raya sendiri, tetapi saya tetap gembira kerana mendapat mata tertinggi dalam kumpulan saya. Dan cukup berpuas hati dengan cenderamata saguhati yang diberikan oleh pihak penganjur. 

Apa-apa pun, saya beranggapan bahawa ukhuwah, ruang dan peluang yang dibuka oleh YB Menteri Kerja Raya dengan para mahasiswa/i dan belia, sedikit sebanyak menggambarkan beliau amat mesra dengan anak muda. Saya memuji aktiviti yang dianjurkan ini kerana ianya merapatkan lagi ukhuwah antara Pemimpin Negara dengan para mahasiswa/i dan belia. 


Akhir kata, saya mengharapkan agar aktiviti seperti ini dapat dijadikan sebagai ‘benchmark’ buat semua pemimpin Negara untuk terus bersama-sama dengan para mahasiswa/i dan belia seluruh Malaysia melalui sukan santai seperti boling ini. Insyaallah… =) 

Sekian, Wallahua’lam… 

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH 
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: