Wednesday, April 16, 2014

Pahit Manis Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2014...



Assalamualaikum…
Salam Perpaduan…
Salam 1 Malaysia…

‘Sustainable Life, Begins With You’

Itulah tema yang diangkat bagi merealisasikan program Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2014 anjuran Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM yang diketuai oleh saya sendiri selaku Pengarah Program dan dibantu oleh Timbalan Pengarah saya iaitu Saudara Omar Zahid dengan penganjurannya selama 9 hari di beberapa tempat sekitar Universiti Teknologi Malaysia dan Negeri Johor Darul Takzim.



Sebelum itu, saya ucapkan berbanyak ucapan ‘Terima Kasih’ kepada barisan Ahli Jawatankuasa Program saya yang teguh bersama saya yang terdiri dari Barisan MPM UTM sendiri iaitu Saudara Hanifah Mazlan, Saudara Shukor Sulaiman, Saudara Nazrin Ismail, Saudara Fitri Saidi dan Saudara Suhaimi, dan dari kalangan Mahasiswa/I UTM iaitu Saudara Anis Safwan, Saudara Ridzuan Razmin, Saudara Shafiq Syazany, Saudari Anis Amiera, Saudari Tengku Sakinah, Saudara Alif, Saudara Shaffie Yusof, Saudara Azwan, Saudara Amirul Ashifaq dan sebagainya lagi.



Saya juga ingin mengucapkan ‘Terima Kasih’ kepada Yang Berhormat Dato’ Seri DiRaja Mahdzir Khalid (Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Yang Berhormat Datuk Haji Ayub Rahmat (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor), Yang Berhormat Datuk Nur Jazlan (Ahli Parlimen Pulai), Dr. Irina Safitri Zen (Pengarah Pejabat Pelestarian Kampus UTM), Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Jabatan Alam Sekitar, Majlis Sukarelawan Universiti-Universiti Malaysia, 1 Malaysia For Youth, Pejabat Hal Ehwal Mahasiswa & Alumni UTM, Pejabat Pelestarian Kampus UTM, Perpustakaan UTM dan sebagainya lagi yang sentiasa memberi kerjasama yang baik sepanjang penganjuran program ini.

‘Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2014’

Alhamdulillah, sebanyak 14 sub-aktiviti Berjaya dijalankan sepanjang program ini dan antaranya adalah Lawatan Ilmiah Ke TS Fishvage Agroresort, Batu Pahat, Eskplorasi Alam Sekitar, Seminar Indah Water : Peranan dan Tanggungjawab dalam Mewujudkan Suasana Lestari,  Seminar Kampus Lestari,  Seminar Kesedaran Alam Sekitar, Pameran Oleh Agensi-Agensi Kerajaan, Majlis Perasmian Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2014, Pertandingan Alam Sekitar Anugerah Hijau Peringkat UTM, Santai Lestari Bersama YB Datuk Haji Ayub Rahmat, Kempen Jom Tapau Bagi Penggunaan Bekas Makanan, My Beautiful Malaysia dan sebagainya lagi.



Setiap aktiviti yang dianjurkan ini menitikberatkan kebaikkan untuk jangka masa panjang dengan penyelarasan beberapa objektif yang digariskan bagi mencapai matlamat asal penganjuran program seperti ini. Walaupun program seperti ini tidak mendapat sokongan yang kuat dalam kalangan barisan Majlis Perwakilan Mahasiswa UTM sendiri tetapi berpaksikan saranan, misi dan visi Universiti Teknologi Malaysia dalam pembawaan Kampus Lestari, saya dan rakan-rakan masih tetap teguh berdiri bagi menjayakan program seperti ini. Dan Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar kecuali penyertaan peserta bagi Majlis Perasmian yang agak hambar dengan kehadiran para mahasiswa UTM sendiri.



Apa yang dapat saya katakan sepanjang program adalah saya amatlah berpuas hati dengan kerjasama semua pihak dalam merealisasikan program yang tidak pernah terlintas untuk saya ketuai terutamanya melibatkan alam sekitar. Jika dahulu, saya hanya mampu melihat kawan-kawan melaksanakan program-program yang menjadikan elemen alam sekitar sebagai subjek tetapi hari ini saya sendiri yang menggerakkan kesedaran terhadap alam sekitar itu. Banyak pahit manis yang ada sepanjang gerak kerja sehinggalah berakhirnya program ini.



Saya amatlah bersyukur kerana mempunyai seorang Timbalan Pengarah yang cukup kuat dan mampu untuk bersama-sama dengan saya sepanjang gerak kerja sehinggalah program ini melabuhkan tirainya. Hujan, panas terik semuanya diredah bersama saya sepanjang gerak kerja program. Tekanan, stress, dan sebagainya dikongsikan kepadanya sebagai tempat luahan tekanan dan seterusnya mampu untuk terus berdiri teguh bagi merealisasikan program ini dengan jayanya. Hanya Allah saja yang mampu untuk membalas semuanya.




Tetapi saya sedikit berpuas hati apabila ramai pihak luar yang sudi membantu dan memberi dorongan untuk saya meneruskan program ini sehinggalah pelbagai tawaran yang saya dapat terutamanya setelah berakhirnya program ini. Hal ini menunjukkan bahawa pihak luar memandang program ini sebagai salah satu program yang mampu untuk memberi kesedaran di peringkat masyarakat awam. Terima kasih juga kepada sekolah-sekolah yang sudi memberi penyertaan pelajarnya untuk bersama-sama meraikan program ini.

‘Terima Kasih Daun Keladi’

Insyaallah, jika ada masa dan kesempatan, saya akan kongsikan secara menyeluruh kesemua aktiviti di dalam Program Kempen Kesedaran Alam Sekitar 2014 sebagai rujukan bagi setiap aktiviti yang dianjurkan. Saya percaya ramai yang ingin menjayakan program-program seperti ini tetapi masing-masing kekurangan idea untuk merealisasikannya sepertimana yang saya sendiri rasai ketikamana mula-mula hendak menjayakan program seperti ini.



Saya mohon maaf kepada semua pihak terutamanya barisan Ahli Jawatankuasa Program saya, para peserta program dan semuanya yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, sekiranya ada kekurangan dan kesilapan sepanjang program dilaksanakan. Saya dengan rendah diri sekali lagi memohon maaf sepanjang setiap inci kesilapan yang berlaku sepanjang saya menggalas tanggungjawab mengetuai program ini. Insyaallah, saya sudah cuba terbaek sepanjang program.



Sekian, Wallahua’lam…  

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH