Wednesday, November 11, 2015

Hari Sukan Negara 2015 : Orchid Fun Run & Ride 2015...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Apa itu hari Sukan Negara?

Sambutan Hari Sukan Negara telah diisytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24 Mac 2015.


Sambutan ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan di mana ia adalah satu langkah pro aktif di dalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara dijadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.

Sambutan Hari Sukan Negara diisi dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan sambutan ini yang diraikan secara serentak di seluruh pelusuk tanah air. Semua pihak melalui penglibatan sektor awam, swasta dan rakyat keseluruhannya berganding bahu menganjur dan menyertai program dan aktiviti sukan dan kecergasan pada hari berkenaan.

10.10.2015 : Orchid Fun Run & Ride 2015

Aku turut meraikan sambutan Hari Sukan Negara ini menerusi penyertaan aku dalam Orchid Fun Run & Ride 2015 yang diadakan di Esplanade KLCC anjuran Petronita & Petronas ini. Dalam meraikan Hari Sukan Negara ini, larian ini juga bertujuan untuk mengumpul dana untuk Majlis Kanser Nasional, Yayasan Institut Jantung Negara dan Unit Pediatrik HUKM.


Aku bersama-sama dengan sahabat baik aku, Ahmad Hasif telah berjaya menghabiskan larian ini sejauh 3.7KM dan ini adalah penyertaan pertama aku selepas berkhidmat dalam sektor awam. Larian ini sedikit sebanyak menunjukkan sokongan aku kepada Hari Sukan Negara 2015.








Tak banyak nak cerita, apa-apa pun kita jumpa semula pada Hari Sukan Negara 2016. Insyaallah...

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,

WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH


0 comments: