Saturday, December 12, 2015

Majlis Ramah Mesra Bersama YAB DS Mukhriz Tun Mahathir...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Minggu ini, hampir setiap hari aku membaca berita-berita di dada-dada akhbar, berita di televisyen serta lintas langsung dari Pusat Dagangan Putra (PWTC) mengenai Perhimpunan Agong UMNO 2015. Ada yang aku setuju, ada juga yang aku kurang setuju serta ada yang aku tak setuju terus terutamanya apabila melibatkan beberapa perkara yang berkaitan dengan isu-isu semasa yang diperbahaskan oleh para perwakilan.

Tahun lepas aku berpeluang untuk menjadi salah seorang petugas sukarelawan di dewan utama dan berpeluang mendengar satu-satu perbahasan ucapan dasar Presiden UMNO tetapi kali ini aku tak berpeluang untuk ke Perhimpunan Agong UMNO 2015 kerana terikat dengan kerja dan tugas aku di pejabat.

MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA YAB DS MUKHRIZ TUN MAHATHIR

Pertamanya sekali aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih buat sahabat seangkatan aku di MANTAP IV iaitu Saudara Ezzuddeen yang sudi ambik aku di rumah untuk ke majlis tersebut. Kalau ikutkan memang dah tak pegi sebab cuaca hujan ketika tue.

Aku bersama YAB DS Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah...

Aku cukup tertarik dengan ucapan dari YAB DS Mukhriz Tun Mahathir, Menteri Besar Kedah (Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah) di Saloma Bistro terutamanya apabila berkaitan dengan #BeraniBerubah dan #Helang . Beliau turut mengingatkan bahawa setiap jawatan yang kita dapat di muka bumi ni memang takkan boleh bawak ke kubur. 

'Membujur lalu, melintah patah!'

Itulah yang diperkatakan oleh YAB DS Mukhriz Tun Mahathir dan mengingatkan kita bahawa supaya jangan takut untuk menyatakan kebenaran dan kita mesti #BeraniBerubah. Apa yang aku lihat, rata-rata tetamu yang hadir adalah dari pelbagai negeri. 

Majlis tersebut turut dihadiri oleh YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad, YABhg Tun Dr Siti Hasmah, YB Tan Sri Muhyiddin Yassin, YB DS Shafie Afdhal dan serta pelbagai lagi ahli-ahli yang berhormat, perwakilan2 dari pelbagai negeri, ahli-ahli UMNO, pemerhati-pemerhati dan para penyokong YAB DS Mukhriz Tun Mahathir.

 Aku bersama YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad...

 Aku & Ezzuddeen bersama YB DS Shafie Afdhal, YAB DS Mukhriz Tun Mahathir & YB TS Muhyiddin Yassin...

Aku & Ezzuddeen bersama YB DS Shafie Afdhal...

Aku sebagai salah seorang rakyat dan anak jati Kedah menyatakan sokong penuh terhadap kepimpinan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir atas sebab kewibawaannya dalam memimpin negeri Kedah dengan penuh integriti dan mesra rakyat. Ikut kepada sejarah kepimpinan pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah, kepimpinan YAB DS Mukhriz Tun Mahathir antara yang paling bersih dan mempunyai kebaikan kepada setiap lapisan rakyat Negeri Kedah.

 Aku bersama Exco Kerajaan Negeri Kedah iaitu YB Tuan Aminuddin Omar & YB Dato' Norsabrina Mohd Noor...

Aku bersama YB Dato' Dr Ku Abdul Rahman, Exco Kerajaan Negeri Kedah...

Apa-apa pun, sebagai orang muda dan rakyat Negeri Kedah, aku sentiasa mendoakan kebaikan untuk negeriku, Negeri Kedah Darul Aman, barisan kepimpinan negeri dan seluruh rakyat Kedah dan semoga Negeri Kedah terus dirahmati Allah. Insyaallah...Amin...

Malam ni sama-sama kita doakan agar Skuad Helang Merah memperolehi kejayaan dalam meraih kemenangan Perlawanan Akhir Piala Malaysia menentang Selangor. Aku target 2 - 0 dan rata-rata penyokong Kedah memberi sokongan penuh kepada barisan Pemain. Goodluck Skuad Helang Merah !

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: