Thursday, January 14, 2016

Langit Cinta (2016) : Layan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

“Cinta... Jadilah saksi kebahagiaan kami berdua”

Perghhh...layan ja tagline filem melayu, ‘Langit Cinta’ lakonan Nur Fazura, Keith Foo, Farid Kamil, Siti Saleha, Nadzmi Adhwa, Dato’ Jalaludin Hassan dan ramai lagi. Movie Melayu pertama yang aku tengok pada Tahun 2016 dan kali terakhir aku layan Filem Melayu adalah Filem Kapsul dan Ombak Rindu.



Pertamanya aku nak ucapkan berbanyak ucapan TERIMA KASIH buat Era.FM sebab sudi hadiahkan 4 keping tiket filem ‘Langit Cinta’ kat aku kali ini di Golden Screen Cinemas, Mid Valley KL. Aku pilih filem ‘Langit Cinta’ walaupun dalam masa yang sama aku terima jemputan untuk tayangan perdana Filem ‘The 5th Waves’ di One Utama KL.

So, aku berbesar hati nak kongsikan sedikit kepuasan aku menonton filem ini terutamanya melibatkan watak Khadeeja lokanan Nur Fazura yang cukup menjadi sebagai gadis kampung dari negeri Kedah. Beliau tunjukkan yang gadis Kedah cukup cantik, beradab dan mempunyai pesona aura yang cukup manis bagi pandangan seorang lelaki.

Nur Fazura merupakan salah seorang pelakon wanita Malaysia yang cukup aku minati dan sebelum terlambat aku nak ucapkan TAHNIAH buat Nur Fazura sebab telah memenangi Pelakon Wanita Terbaek menerusi filem ‘Manisnya Cinta’ menerusi watak Ifti di Festival Filem Malaysia Ke-27 pada tahun lepas dan tak mustahil lakonan bersahaja yang penuh jiwa menerusi watak Khadeeja ini, Nur Fazura bakal meneruskan kegemilangannya sebagai Pelakon Wanita Terbaek di festival-festival filem akan datang. Nak tengok gambar aku dengan Nur Fazura pada tahun 2005 (11 tahun yang lalu)? Hehehe... len kali la aku upload k...hahaha

Filem ‘Langit Cinta’ arahan Saudara Osman Ali ini cukup menyentuh jiwa menerusi perjalanan cerita yang cukup bersahaja dan plot-plot & babak-babak yang sedikit sebanyak menyentuh isu kekeluargaan, ambil kesempatan dan sebagainya lagi. Filem adaptasi dari Novel ini mampu memberi saingan kepada filem Osman Ali yang terdahulu iaitu Ombak Rindu.

Cuma apa yang aku nampak, kesudahan filem ini seperti sudah dijangka dan tidak terlalu suspen untuk kita melihat kebahagiaan yang mendatang buat pasangan suami isteri (Aliff Zulkarnain & Khadeeja).

Apa yang menariknya lagi untuk filem ini adalah latar tempat bagi filem ini dilakukan di negeriku, Negeri Kedah Darul Aman yang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan pulau-pulau yang indah dan masanya sangat sesuai untuk menyokong penuh produk Kedah sempena Discovery Kedah 2016. Hidup Kedah !

Secara keseluruhan, aku bagi 3 dari 5 bintang untuk filem ‘Langit Cinta’ ini. 2 bintang lagi aku tak nak bagi sebab jalan ceritanya sudah dijangka. Hahaha... Apa-apa pun, kepada yang bakal menonton filem ‘Langit Cinta’ ini, aku ucapkan selamat menonton... ;)

Sekian, Wallahua’lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH

0 comments: