Tuesday, February 2, 2016

Ola Bola (2016) : Kembalinya Keyakinan...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

'Lift your dreams way up high,
Lift your goals to the sky,
Restui mimpi yang sejati,
Di arena cahaya...'

Itulah bait-bait lirik lagu 'Arena Cahaya' nyanyian Zee Avi yang diangkat sebagai lagu tema untuk movie 'OLA BOLA' yang baru saja diumumkan mengutip kutipan sebanyak RM2.5 juta untuk 4 hari tayangan di Malaysia dan Brunei. Tahniah aku ucapkan buat seluruh team produksi movie ni terutamanya buat pengarahnya, Saudara Chiu.

Kutipan tue boleh dianggap cukup memberangsangkan dan cukup tinggi dikala keadaan ekonomi Malaysia sekarang yang terumbang-ambing ditambah pula lambakan filem tempatan yang kurang mendapat sambutan sejak akhir-akhir ni. Ianya satu kejayaan besar buat seluruh team produksi bagi filem tempatan ini.

Tiga kali aku layan movie ni di pawagam dan semestinya auranya tetap menjadi walaupun berkali-kali aku tonton movie ni. Tak pernah lagi sebelum ni aku layan movie yang sama melebihi sekali tetapi movie 'OLA BOLA' ni berjaya menarik aku untuk terus ke pawagam secara berkali-kali. Sebelum tue, aku nak minta maaf sikit buat Sinar.FM sebab tak dapat hadiri menonton tayangan perdana filem ni kerana aku terikat dengan tugas di luar kawasan. 4 tiket melayang saja...huhu ;(

'Semangat Perpaduan'

Itulah yang aku rasa semasa melayan movie ni buat pertama kalinya. Gembira, suka, sedih, sakit hati itulah perasan yang akan dirasa sepanjang menonton movie 'OLA BOLA' ini.Pengolahan jalan cerita yang dibuat oleh Saudara Chiu ini walaupun 'simple' dengan latar belakang tahun 80-an tetapi garapan dan kualiti dari segala aspek terutamanya dari mutu lakonan barisan pelakonnya juga cukup baik. TAHNIAH buat seluruh para pelakon 'OLA BOLA' ini.



Aku dikira cukup bertuah kerana berpeluang untuk berinteraksi dengan barisan para pelakonnya baru-baru ni yang terdiri daripada Tauke 'JC Chee', Eric 'Eric Teng', Ali 'Luqman Hafidz', Marianne 'Marianne Tan' & Ah Cai 'Lim Jian Wen' dan semestinya pengarah yang cukup berbakat ni, Saudara Chiu. Sangat happening dorang ni walaupun aku sedikit terkejut sebenarnya apabila berpeluang melihat depa ni secara dekat dan bergambar dengan depa. Aku turut dimaklumkan bahawa Ali ni merupakan seorang Pemain Terbaek Khairy Jamaluddin Cup 2014. 

Jarang sebenarnya filem yang mengangkat tema perpaduan yang melibatkan kepelbagaian bangsa dan penggunaan bahasa mengikut kaum masing-masing dipersembahkan menerusi sebuah filem seperti OLA BOLA ni. Tak salah sebenarnya jika saya beranggapan filem 'OLA BOLA' ini layak diangkat sebagai Filem Terbaek Malaysia sepertimana filem-filem arahan Allahyarhamah Yasmin Ahmad yang satu-satunya Pengarah Malaysia yang sentiasa mengangkat martabat semangat perpaduan berbilang bangsa.

Filem 'OLA BOLA' ni layak aku bagi 5/5 bintang dan aku sendiri mengajak sahabat-sahabat aku, kawan-kawan aku, rakan-rakan aku dan seluruh pembaca blog aku untuk turun ke pawagam menyaksikan sendiri kehebatan filem 'OLA BOLA' ni. Anda takkan rugi dan anda akan terus layan sepanjang menghayati movie ni. TAHNIAH sekali lagi buat seluruh team produksi filem ni!

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: