Tuesday, June 21, 2016

Now You See Me 2 (2016) : Lagak Magic Yang Memukau...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Macam mana persiapan untuk menyambut hari lebaran 1 Syawal nanti? Aku? Baru nie ada pergi cuci-cuci mata mencari baju t-shirt, seluar dan kasut raya di beberapa tempat di sekitar Kota Metropolitan Kuala Lumpur ini sekali dengan sahabat sepejabat aku. Kami sempat pergi jelajah ke beberapa tempat/bazar untuk melihat dan memilih keperluan terutamanya melihat harga yang rendah dan munasabah. Sempat ke KLCC, Jalan TAR, SOGO dan Vendour Festival di Matrade.

Semasa di Jalan TAR...
Kebetulan ketikamana aku di Vendour Festival tue, dapat berjumpa dengan beberapa orang artis terkemuka yang turut menjual pelbagai baju-baju menarik tetapi lebih kepada baju perempuan. Aku sempat berjumpa dan bergambar dengan Nur Fazura (Penerima Anugerah Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia) dan Aeril Zafrel. 

Aku dengan Aeril Zafrel...
Aku dengan Nur Fazura...
Sebelum tue, aku sempat singgah di Kinokuniya KLCC untuk mencari buku 'Sayalah Malala Yousafzai' iaitu salah satu buku yang paling laris menceritakan mengenai seorang gadis yang menuntut hak pendidikan buat golongan wanita sehingga dia ditembak mati oleh pihak Taliban. Gadis tersebut menerima pengiktirafan sebagai Penerima Anugerah Nobel Keamanan Dunia. Kebetulan masa tengah cari buku nie sekali dengan buku-buku Aung San Suu Kyi, aku terperasan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-lah ada kat sebelah aku sekali dengan seorang bodyguard dia. Pergghh hanya mampu tersenyum dan bergetar sekejap aku masa tue. Nak ambik tapi segan dan tak berani masa tue. Huhu... ;(

NOW YOU SEE ME 2 : Lagak Magic Yang Memukau...



Perghh ! Now You See Me 2 (NYSM2) nie salah satu movie yang penuh dengan tipu helah yang dibuat oleh barisan horseman yang masing-masing mempunyai keupayaan dan karakter yang berbeza-beza. Movie ini adalah kesinambungan movie Now You See Me yang sebelum ini cukup memberi impak kepada penonton dan seterusnya berjaya meraih banyak pengikut filem ini.

NYSM2 kali ini adalah memperlihatkan bagaimana barisan horseman ini memperlihatkan banyak aksi magic/ilusi yang cukup memukau berbanding Now You See Me yang pertama. Aku cukup tertarik dengan beberapa magic/ilusi yang dibuat terutamanya Lula dimana ketika dia buat penyamaran di satu restoran dan dia buat tangannya dipotong oleh seorang chef sehinggakan semua terkejut melihat situasi tersebut.

Aku juga tertarik dengan aksi magic/ilusi yang dibuat oleh Danny yang dapat kawal air hujan menjadi terapung ketika mana hujan sedang lebat sehinggalah beliau baring ke belakang dan hilang terus dan hanya ada pakaiannya sahaja. Perghhh... Apa yang bestnya untuk NYSM2 ini, mereka ada juga merungkai beberapa trick yang dibuat dan kita sebagai penonton dapat memahami magic/ilusi yang dibuat itu.

Secara keseluruhannya, aku berpuas hati menonton movie ini sebab perjalanan ceritanya mudah untuk difahami dan dapat terpukau dengan aksi-aksi magic/ilusi yang dibuat oleh barisan horseman ini sepertimana kita tengok dalam persembahan pentas magic di televisyen. Movie ini aku bagi 9/10 bintang. Sangat puas hati. Aku kongsikan sinopsis movie ini untuk korang tengok,

"NYSM2 menyaksikan barisan horseman yang kembali beraksi dengan teknik ilusi yang lebih hebat dan membawa mereka ke seluruh dunia. Satu tahun setelah menyebabkan FBI huru-hara dan dipuji oleh masyarakat kerana berjaya melakukan aksi Robin Hood, mereka kembali untuk merungkai penyelewengan seorang pengusaha teknologi bernama Walter Mabry.

Ia seorang genius yang mengancam barisan horseman atas kes kecurian yang boleh dibuktikan kepada pihak polis. Barisan horseman ini terpaksa melakukan satu lagi aksi yang belum pernah terjadi sebelumnya untuk membersihkan nama mereka dan merungkai dalang di sebalik pencurian tersebut.

Filem ini dimulai dengan kembalinya mereka setelah dipersatukan oleh mentor mereka iaitu Dylan. Mereka yang sebelumnya berikrar akan menghilang selamanya, ditunggu-tunggu oleh orang awam untuk kembali. Dan mereka kembali dalam satu pertunjukkan di New Yoek yang disambut dengan meriah. Namun, pertunjukan itu diganggu oleh suara yang mengganggu mereka.

Mereka terpaksa melarikan diri dengan masuk ke sebuah saluran yang anehnya berakhir di China. Hal itu membuat mereka terkejut. Trik apa yang dimainkan ke atas mereka. Mereka menghilang dari pengawasan Dylan dan bertemu dengan Walter. Dylan berusaha mencari mereka termasuk dengan menghubungi Thaddeus (Freeman) yang kini dipenjara, musuh lama mereka dalam filem pertama."

*Nak tahu lebih lanjut movie nie? Kena tengok sendiri movie nie...hahaha ~

Sekian, Wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: