Wednesday, June 29, 2016

The Legend Of Tarzan (2016) : Sebuah Lagenda Epik Raja Rimba...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Seronok tengok orang sekeliling ada yang sudah mula bercuti, membeli-belah persiapan raya, memborong pelbagai juadah biskut raya dan macam-macam lagi yang berkait-rapat dengan persediaan menyambut syawal. Aku setakat tak terlalu boros hanya sempat beli 3 helai t-shirt, sehelai seluar dan makanan2 ringan untuk bawak balik ke Alor Setar.

Sekarang nie pun, aku dah semakin menghampiri fasa-fasa terakhir untuk tugasan aku di pejabat iaitu berkaitan dengan tender. Insyaallah, banyak pengalaman yang aku kutip sepanjang menguruskan urusan perolehan secara tender ini. Aku ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada mereka-mereka yang banyak membantu aku sepanjang aku menyiapkan kerja-kerja aku di pejabat. Cuma aku sedikit tertarik kerana apa yang aku buat itu merupakan suatu pembelajaran di peringkat awal untuk aku terus mengembangkan karier aku. Insyaallah... 

THE LEGEND OF TARZAN : Sebuah Lagenda Epik Raja Rimba...

Semalam, aku berpeluang untuk menonton di 'preview screening' untuk filem The Legend Of Tarzan yang cukup terbaek dimana aku berpeluang menontonnya di IMAX Hall. Sound sistemnya yang perghhh terbaek dan screennya yang besar memang puas hati. Ini kali pertama aku menonton wayang di IMAX Hall. Terima kasih kepada yang sudi memberi peluang kepada aku untuk menonton movie ini. Sepatutnya movie akan ditayangkan pada 30 Jun 2016 ini tetapi menerusi preview screening aku, aku berpeluang menonton movie ini lebih awal.


Movie keluaran Warner Bros Picture dan Village Roadshow ini menampilkan lakonan hebat dari Alexander Skarsgad sebagai Tarzan iaitu tunjang utama bagi movie The Legend Of Tarzan ini. Selain itu, movie ini turut dilakonkan oleh barisan pelakon yang hebat seperti Samuel L.Jackon, Margot Robbie, Djimon Hounsou, Christoph Waltz dan lain-lain lagi.

Secara ringkas, permulaan movie ini berjalan dengan begitu baik dimana memperlihatkan Tarzan a.k.a John yang merupakan pewaris di Raja yang mempunyai harta yang begitu banyak. Dan sesekali diimbaskan ketikamana ayah dan ibunya mati di hutan ketika bot mereka karam dan John dipelihara oleh seekor Gorila Betina yang dianggapnya sebagai ibunya juga tetapi sekumpulan gorila tidak menerima John sebagai kumpulan mereka.

Dikisahkan di mana Belgia Rom yang bertindak untuk menguasai kekayaan berliau di Congo telah merancang untuk mendapatkannya dari puak-puak orang asli dengan syarat beliau menghantar Tarzan kepada mereka untuk mereka membalas dendam terhadap Tarzan yang telah membunuh anaknya. Sekembalinya tarzan dan isterinya dari Kota London ke Congo, Afrika, sekumpulan tentera telah menghuru-harakan puak-puak orang asli dengan membakar tempat tinggal mereka dan seterusnya berjaya menangkap Tarzan untuk dibawa.

Kebetulan, George yang turut bersama dengan Tarzan dan isterinya ke Congo, Afrika telah menyerang balas sehingga menyebabkan Tarzan berjaya dilepaskan manakala isterinya berjaya ditangkap oleh Rom. Tarzan merancang untuk membalas tindakan Rom itu. Nak tahu seterusnya? Kena tengok sendiri ya di pawagam mulai 30 Jun 2016 ini. Hehehe...

Apa-apa pun, secara keseluruhan aku berpuas hati dengan jalan ceritanya yang menarik dan memperlihatkan suasana Congo, Afrika yang dipenuhi dengan alam semulajadi memukau turut memberi peluang untuk kita melihat suasana di tempat orang terutamanya Afrika dimana sebuah negara yang tidak mungkin aku dapat ke sana. Untuk movie nie, aku bagi 8/10 bintang.

Di sini, aku kongsikan trailernya yang cukup-cukup menarik, klik link ini, The Legend Of Tarzan. Dan kalau nak cuba kuiz movie nie pun boleh, klik link ini. Kuiz The Legend Of Tarzan.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari saya,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com




0 comments: