Tuesday, August 23, 2016

Don't Breathe : Mendebarkan dan Sungguh Kejam...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Alhamdulillah bertemu kita sekali lagi hari ini dengan entry yang seterusnya dan kali ini aku nak bercerita dan kongsikan satu movie yang aku tonton semalam di Malam Premiere Filem Don't Breathe. Sebelum tue, aku nak ucapkan berbanyak ucapan terima kasih kepada pihak FINAS kerana sudi berikan jemputan ke Malam Anugerah Festival Filem Malaysia Ke-28 kepada saya. Insyaallah, saya akan hadir bersama sahabat baik saya nanti.

DON'T BREATHE : Mendebarkan dan Sungguh Kejam...


Don't Breathe merupakan salah satu filem yang aku diberi peluang untuk menonton di malam tayangan premierenya di mana aku berpeluang menyaksikan lebih awal berbanding tayangan rasminya di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Dengan kesempatan yang diberikan itu, aku akan kongsikan serba sedikit ulasan aku terhadap movie tersebut. 

Apa yang aku boleh katakan adalah Don't Breathe merupakan salah satu filem yang menepati citarasa aku sebagai penggemar dan pengikut setia filem-filem di alaf baru ini. Don't Breathe tidak menampilkan banyak pelakon-pelakon hebat atau nama besar tetapi pengkisahan dan penceritaannya mampu membuatkan kita sentiasa berdebar dalam mengikuti setiap babak yang dipersembahkan.

Movie ini dimulakan dengan 3 orang kawan yang menjadikan aktiviti merompak yang bagi aku merupakan antara kepakaran mereka terutamanya berkaitan dengan kaedah-kaedah yang mereka gunakan untuk melepaskan diri setelah melakukan kegiatan merompak atau pecah masuk itu.

Salah seorang daripada mereka mencadangkan untuk memecah-masuk ke rumah seorang lelaki buta yang sebelum ini bekerja sebagai askar. Dikhabarkan bahawa di dalam rumah itu terdapat wang tunai sehingga $300,000.00 yang membuatkan ketiga-tiga sekawan ini berhajat untuk memasuki rumah tersebut walaupun pada awalnya ditentang hebat oleh Alex.

Pada malam kejadian, perancangan dibuat sangat rapi dan akhirnya ketiga-tiga sekawan itu dapat masuk ke dalam rumah lelaki buta itu. Kisahnya bermula apabila lelaki buta itu tersedar dan mengetahui bahawa terdapat orang di dalam rumahnya sehinggalah salah seorang dari sekawan tadi dibunuh secara kejam oleh lelaki buta tue di depan rocky, kawan perempuan mereka. Rocky terus bersembunyi di dalam almari manakala Alex kembali ke dalam rumah semula.

Setelah lelaki buta itu mengetahui terdapat beberapa orang lagi yang masih berada di dalam rumahnya, beliau terus memasang perangkap bagi mendapatkan yang lain. Adakah 2 orang lagi kawan mereka itu berjaya diselamatkan? Hahaha... kenalah ke pawagam mulai 25 Ogos 2016.

Secara keseluruhannya, aku sangat berpuas hati dan yang paling best ramai giler yang menjerit di dalam wayang. Hahaha... Movie seperti ini boleh dikatakan berbaloi sekiranya melaburkan sedikit wang untuk menonton filem ini. Aku bagi 8/10 bintang untuk movie ni sebagai kepuasan aku terhadap filem ini. Jangan bernafas ya kawan-kawan! Hahaha...

Insyaallah, malam ini aku akan ke Malam Tayangan Premiere One Night Only iaitu filem terbaru lakonan Aaron Kwok dan esok pula akan ke Malam Gala Tayangan Filem Pekak lakonan Bro Zahiril Adzim dan Sharifah Amani pula. Dan seperti biasa, aku akan bagi sedikit review/ulasan aku mengenai filem-filem itu. Jangan lupa nantikannya di entry-entry yang seterusnya.

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: