Thursday, September 1, 2016

Teater Kau Rasa...

Assalamualaikum...
Salam Perpaduan...
Salam 1 Malaysia...

Pertamanya aku nak ucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-59' bertemakan Malaysia Sehati Sejiwa untuk semua pembaca-pembaca blog aku. Tapi aku tak nak ulas mengenai sambutan kemerdekaan itu sebab aku akan buat satu entry khas mengenai perkongsian aku mengenai kemerdekaan dan sambutan kemerdakaan yang aku sertai di Dataran Merdeka semalam.

Hari ini aku nak kongsikan 'review' aku terhadap satu teater yang aku hadiri di Studio Revolution Stage, Petaling Jaya. Mesti pembaca-pembaca aku tahu yang aku nie, antara peminat teater tempatan dan peminat movie indie tempatan. Betul ! Aku memang minat dengan hasil karya anak-anak tempatan terutamanya melibatkan seni teater, penulisan kreatif, muzik, filem dan sebagainya.


TEATER KAU RASA? - Antara Realiti atau Imaginasi?


Sebelum aku ulas satu persatu, aku cuba kongsikan sinopsis teater ini dahulu untuk pembaca-pembaca blog aku.

"Seorang pesalah yang mempunyai sakit mental lalu melakukan pembunuhan. Seorang penyiasat perlu mencari bahan bukti yang beliau betul-betul gila supaya pesalah tidak akan dikenakan hukuman mati."

Siasatan? Pembuktian? Itu antara yang aku cuba fahamkan diawal babak dipersembahkan melibatkan 2 karakter iaitu penyiasat kes. Kes yang melibatkan pembunuhan yang begitu tragis dan zalim dimana isterinya dicucuk dengan pisau hingga ke mata manakala anaknya disiatkan kulit. Adakah ini satu pembunuhan terancang oleh mereka yang waras atau gila?

Teater arahan Saudara Nawfal Zamri yang telah diadaptasi dari filem pendek 'The Alienist arahan Donn J. Viola' dan diinspirasikan dari naskah 'Anda Rasa' ini dipersembahkan dengan olahan kreatif dari Saudara Nawfal dan dipersembahkan secara kreatif dan idea dari 3 orang barisan pelakonnya iaitu Bro Han Zalini, Bro Akmal Ahmad dan Bro Atiq Taki yang aku difahamkan dialognya direka sendiri oleh mereka berempat. Itu aku puji!

Teater ini hanya melibatkan beberapa babak sahaja iaitu di bilik siasatan dan penjara tetapi aura dan 'feel'nya sampai kepada aku. Aku rasai setiap apa yang mereka ungkapan. Penjenayah yang dikatakan mempunyai masalah mental itu memang seperti seorang yang gila dan aku rasa diawalnya dia memang gila. Lenggok bahasa yang diungkapkan dengan karakternya yang bersahaja dan psiko tue macam pernah aku berdepan sebelum ni. 

Keadaan menjadi agak tegang apabila penjenayah dan penyiasat itu diprovok dan dipsiko oleh Bro Akmal ni (cuma aku tak ingat nama watak dia). Babak bertumbuk setelah diprovok dan dipsiko oleh penjenayah tue memang terbaek dan ini antara teater yang paling dekat aku pernah saksikan yang mempunyai kelainan dan auranya yang berbeza.











Cuma aku agak terkejut apabila si penjenayah ini berbicara secara paksa dan cuba menpsiko penyiasat itu dengan hal-hal keluarganya dan perilakunya termasuklah kecurangan dia pada isterinya dan menjadikannya mangsa keadaan. Adegan bertambah cemas apabila si penjenayah ini lompat ke atas meja sehinggalah melondehkan seluarnya. Perghhh adegan 18sx dipersembahkan...hahaha tapi gambar rasanya tak sesuai kot untuk dikongsikan di sini... haha...

Part tue aku masih boleh terima dan aku sangat puji lakonan hebat dari mereka bertiga. Kau Rasa ini adalah satu ungkapan yang cukup membuatkan aku berkhayal seketika dengan satu persatu babak dipersembahkan sehinggalah babak terakhir baru aku faham siapakah sebenarnya Bro Akmal Ahmad ni. Apa yang aku nampak, pengarah teater ini cuba dan berjaya mengalihkan jangkaan aku ke satu jawapan yang aku nampak memang 'kena' dengan elemen yang cuba disampaikan.

Secara keseluruhan, aku rasa sangat berbaloi menonton teater ini. Berkonsepkan #ProjekBilikSempit , dengan suasana yang begitu santai dan dipersembahkan dengan begitu hebat dan mantap oleh barisan pelakonnya, aku bagi 8/10 bintang untuk teater Kau Rasa ini. Cuma aku mengharapkan 'lebih' dari segi babak-babaknya sebab jika teater ini dibuat lebih panjang durasinya, aku yakin dan percaya, teater ini pasti nampak lebih hebat dan mantap serta aku sendiri akan terus hanyut dengan perwatakan penyiasat dan penjenayah tue. Kepada pembaca blog aku yang belum menonton teater indie ini, aku cadangkan untuk korang penuhkan masa lapang dengan menonton teater ini. Sangat berbaloi dan pasti korang dapat kepuasannya terutamanya jalan ceritanya yang begitu menarik dan dipersembahkan dengan sangat baik.

Aku bersama Bro Akmal Ahmad...
Aku bersama Bro Atiq Aki (Penyiasat)...
Aku bersama Bro Han (Penjenayah)...
Aku peminat teater ! Aku layan teater-teater indie!

Sekian, wallahua'lam...

Ikhlas dari,
WAN MUHAMMAD HAZEM BIN MOHD YUSOH
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: