Friday, June 16, 2017

JAPAN : Osaka, Kyoto & Kobe, Aku Datang !

Assalamualaikum...
Salam Ramadhan...
Salam Sehati Sejiwa...

Wahhh...hampir setengah tahun aku tak update sebarang entry kat blog yang dah semakin bersawang nie. Tapi hari ini aku terdetik nak update entry terbaru mengenai pengembaraan aku yang tak seberapa di beberapa tempat di negara matahari terbit, Jepun iaitu Osaka, Kyoto dan Kobe. 

Pada mulanya, aku merancang untuk mengembara di Luang Prabang (Laos) dan ketika suatu pagi tue selepas bersahur aku membuat carian untuk beli tiket ke Laos dan akhirnya aku terbeli tiket flight ke Osaka, Jepun. Bayaran dibuat secara serta-merta iaitu pada 30 Mei 2017 iaitu kurang dari 11 hari sebelum berlepas ke Osaka, Japan. Aku pun bagitahu kat mama abah aku yang aku akan ke Jepun dan terpaksa batalkan tiket flight pergi balik aku untuk balik ke Alor Setar pada 9 Jun 2017. 

Replika GLICO iaitu mercu tanda Osaka, Japan...
Aku juga mesej pada Pengarah Bahagian dan Ketua Unit aku untuk permohonan cuti dan Alhamdulillah, kedua-dua mereka memberikan kelulusan. Seminggu juga aku ambil masa untuk permohonan travel insurance yang ditanggung sepenuhnya oleh pihak majikan aku. Terima kasih ya! Sepanjang 11 hari itu aku cuba siapkan sebanyak mungkin kerja-kerja aku sebelum aku berlepas ke Jepun.

Siang malam aku masih tak terbayang bagaimana aku cuba untuk mengembara seorang diri dengan bajet yang rendah dan akhirnya terbukti apabila perancangan aku itu berhasil dengan jayanya tanpa terkurang apa-apa yang sepatutnya aku cuba di sini dan perbelanjaan keseluruhan aku adalah sebanyak RM1,440.95 (yang merangkumi tiket flight pergi balik KUL-KIX, 4 malam bilik berseorangan, Kansai Area Pass, Osaka Amazing Pass, makan minum, shopping baju & cenderahati, tiket masuk ke beberapa tempat, sewa Kostum Samurai Jepun, sewa Kimono, sewa Yakuta, tiket public transport merangkumi bas subway dll serta lain-lain lagi). Percaya tak? Ianya sudah terbukti dan partner travelku untuk hari ketiga dan keempat aku, iaitu Saudara Zayid boleh mengiyakannya. Yeahhh... ;)

Aku ada terbaca di beberapa blog untuk cadangan tempat-tempat menarik untuk dilawati di sana, aku ada juga merujuk dan bertanya di group FB iaitu Road To Japan dan bertanya secara lebih dekat pada saudara Nik Shazmie (iaitu dia travel seminggu awal dari aku ke Japan). Terima kasih aku ucapkan buat semua ya. Dan itenary keseluruhan aku dibuat sepenuhnya pada 9 Jun 2017 dan 10 Jun 2017 pula aku tukarkan duit aku ke yen dan malam itu pada 11.00 pm aku packing barang-barang aku dan 12.45 tengah malam aku merempit dari rumahku ke KLIA2.

Ketika itu, aku hanya terbayang bahawa musim summer di sana adalah lebih panas dari Malaysia dan akhirnya aku tersilap kerana setibanya aku di sana, suhunya adalah 19 hingga 21 darjah celcius. Hahaha... hampir 6 jam 15 minit aku berada di dalam flight dan makanan yang aku tempah dalam flight (kononnya mahu bawa untuk juadah berbuka di Osaka) tidak dapat dibawa ke luar. Huhuhu...malam pertamaku hanya berbuka dengan air mineral dan biskut/roti yang aku bawa dari Malaysia. Aku berbuka di tepi sungai Dotonbori.

Ketika sampai di Kansai International Airport, aku terus bergegas ke Tourist Information Center bagi mendapatkan Osaka Amazing Pass, JR-West Ticket Office bagi mendapatkan Kansai Area Pass dan Nankai Ticket Office bagi membeli tiket train KIX ke Shin Imamiya Station di mana ianya berdekatan dengan tempat aku menginap iaitu di Hotel Taiyo. Sampai saja di hotel, aku terus checkin dan bersiap untuk keluar berjalan di sekitar Shinsekai Street & Tsutenkaku Tower (yang berdekatan dengan hotel aku) dan terus dari Dobutsuen-Mae Station ke Namba Station untuk berjalan-jalan di sekitar Dotonbori (iaitu replika Glico dan Ketam) dan di situlah aku berbuka puasa.

Berikut adalah beberapa tempat yang sempat aku lawati sepanjang 5 hari aku berada di Jepun iaitu Dotonbori Street, Tsutenkaku Tower, Shinsekai Street, Fushimi Inari Taisha, Kyoto Tower, Bamboo Forest, Sagano Romantic Train, Gion, Kiyomizu Dera, Kobe Mosque, Kobe Tower, Kobe Port, Tempozan Giant Ferris Wheel, Legoland, Captain Line, Cruise Ship Santa Maria Day Cruise, Kaiyukan, Osaka Prefectural Government Sakishima Building Observatory, Osaka Castle, Osaka Jo-Gozabune Boat, Tombori River Cruise, Umeda Sky Building Floating Garden Observatory, HEP Five Ferris Wheel, Umeda Joypolis Wild River, Osaka Museum of Housing and Living dan lain-lain lagi.

Aku di Toorii Gate, Fushimi Inari Taisha, Kyoto...
Pengalaman memakai Kimono di Japan...


Seterusnya aku juga sempat mencuba makan Chicken Ramen, Uta-Bo, Japanese Chocolate Tart dan Melonpan Vanila Ice-Cream. Pastu aku juga berkesempatan memakai Kimono, Samurai Kostom dan Yakuta sepanjang aku berada di sana. Selain sahabat aku Zayid, aku juga sempat bertemu dengan kawan baik saya ketika belajar di Jeju National University dulu iaitu Mami Shi dan dapat kawan baru iaitu Kwong dari Seoul, South Korea dan Dr Safwan. 

Mencuba makanan wajib Japan iaitu Ramen yang semestinya halal dimakan...
Selain itu, banyak juga pengalaman aku tak dapat dilupakan iaitu ketika masuk di sauna di sana yang semuanya berbogel (hahaha), aku tertidur dalam train dan apabila bangun, aku dah terpinga-pinga sebab tak tahu berada di mana. Hahaha... dan ada lagi la beberapa perkara yang biarkan aku saja yang tahu...hehehe ;)

Ketika berada di Kobe...
Secara keseluruhannya, aku cukup-cukup berpuas hati dengan pengembaraan aku ke negara ke-8 yang aku lawati iaitu Jepun di Osaka, Kyoto dan Kobe. Walaupun komitmen kewangan yang agak terhad tetapi ianya cukup mewah sekiranya diuruskan dengan sebaik mungkin. Insyaallah, aku bersedia untuk berkongsi itenary penuh aku dan korang boleh contact aku secara terus di emel aku ataupun di facebook aku. Aku bisa guide apa yang patut secara percuma. Hehehe... ;) Yang penting, korang doakan aku agar dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki dan korang mendapat ilmu yang bermanfaat.

Nantikan entry aku yang seterusnya iaitu Tempat-Tempat Menarik di Osaka (klik di link disebelah), Kyoto dan Kobe secara lebih detil dan station terdekat sebab semuanya aku sempat catit untuk kemudahan di masa akan datang...cewahhh. Jika berkesempatan, nantikan juga entry pengembaraan aku di Labuan pula. Hehehe... :)

Di bawah nie aku kongsikan link tempat-tempat menarik yang pernah aku lawati iaitu :-
1. Seoul, South Korea
2. Gold Coast, Australia
3. Hong Kong
4. Manila, Philippines
5. Yogyakarta, Indonesia 
6. Singapore

Sekian, wallahua'lam... 

Ikhlas dari,
WMHMY
wan_hazem19@yahoo.com

0 comments: